Tuesday, May 25, 2010

bila dan kenapa.......

bila??kenapa??...persoalan bila dan kenapa tu banyak sangat fungsinye....bila nak abis belaja..kenapa tak habis lagi...bila bole keluar dengan kawan2...kenapa susah sgt nak hbskan mase same2....bila bole makan..kenapa tak masak atau beli makan lagi.....bila tensen nak hilang...kenapa bebanan makin bertambah....bila..bila..dan bila....dan kenapa lah agaknya.....alah, persoalan biase je tu...

tapi persoalan bila dan kenapa yang aku nak nyatakan lebih kepada soal peribadi....persoalan yang cuba aku kemukan adalah lebih kepada pertanyaan kepada hati dan perasaan aku sendiri.....

bilalah agaknya perasaan keliru yang satu ni nak hilang dari mengasak minda aku untuk terus berfikir penyelesaian yang baik sedangkan banyak lagi perkara lain yang perlu aku ambil kira selain dari masalah mcm ni....aku paling tak suka dilanda perasaan yang mcm ni....tapi balik2..tu jugaklah yang mengganggu fikiran aku.....dan kenapa aku selalu kalah dalam perjuangan yang macam ni...kenapa ianya tak boleh nak berada di tempat yang sepatutnye ia berada...kenapa mesti senang sgt ianya nak galih tempat....

benda pertama yg selalu terlintas dalam fikiran aku....kenapa dari awal aku tidak diganggu dengan hubungan yg mcam ni.....kan ke lebih bagus kalau aku tak pernah atau tak ingin ada perasaan ni untuk seketika pada aku masih belum lagi bersedia....sekurang2 nya kalau diawal perasaan aku tak rasa tertarik pun dengan istilah hati dan perasaan ni kan ke lagi bagus.....tenang hidup....tak ada orang nak kacau....bebas tak ada sapa nak kawal.....hidup cuma berlandaskan tanggungjawab pada mak ayah yang belum lagi berbayar atau mungkin takkan terbayar dengan jasa2 yang diorg dah taburkan untuk anak2.....sekarang aku seakan mula merasakan benci dengan adanya perasaan mengarut yang entahkan ada akhirnya atau tidak.....benci dengan diri sendiri yang tak dapat mengawal hati untuk dicerobohi......

aku nak hidup aku yg dulu...hidup tanpa diganggu dengan sandiwara dunia yg semakin galak mementaskan teater kehidupan manusia.......termasuk lah aku yang akhirnya tewas! kiranya semua tu cuma lah satu harapan yang sememangnya tak mungkin lagi akan ada untuk masa akan datang.....tengok lah sendiri permainan dunia...bila lah agaknya sandiwara ini akan tamat....kenapa lah mesti aku yang menjadi mangsa sandiwara dunia yang kejam tu....

emmm......................

Friday, May 21, 2010

Hah!!...cm ne ni???

bukan nak kate ape lah kan.....org kate rmbut sama hitam...hati lain2....saya stuju sgt la dengan pepatah itu, tapi bila disingkap semula...."MOSTLY" x de la beza sgt pun sbenarnye.....terlebih dahulu saya memohon kemaafan la kalu ape yang saya nak nyatakan disini menyinggung perasaan anda2 (konon2nye)........tapi dah kalu ianya sahih lg nyata...apa komen ye??..."lu pikir la sendiri"...ape yang saya mksudkan??......sila lah rujuk:

Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat

Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!


Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...

Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...


Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!


so cm ne tu??....apo nak dikato eh......ye ke??..tepuk dada tanye la hati (kenapa rase macam betul je ek?) lg satu perkara adelah seperti berikut:

CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


kadang2 cinta
C= cuma
I= ingin
N= nikmati
T= tubuh
A= aku


KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.


SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI : 

(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa...


bila dah habis bace tu rase kelakar pun ade jugak lah....tapi kadang2 pun ade jugak benarnye...cume x de lah dalam jumlah yang besar...cume sesetengah nye macam tu....yg penting....tnye hati....tnye diri sendiri.....smuenye terpulang pada "individu" terbabit la kan.....haha

arios.............

Sunday, May 16, 2010

Semoga Saja

bukan mudah untuk melalui kehidupan tanpa tahu yang mana satu sebenarnya jalan yang harus dilalui untuk sampai ke destinasi terakhir....semakin hari aku merasakan kekeliruan dan kecelaruan fikiran yang amat ketara dan amat kerap....ke sana ke mari tanpa tahu jawapan yang pasti....sering dilanda tanda tanya yang seakan tidak ada kesudahan...masa ni lah muncul persoalan KALAU dalam kotak pemikiran....kalau ianya begitu...kalaulah ianya demikian...kalaulah ianya begini...kalaulah aku tahu...kalaulah itu...kalaulah ini.....semuanya akan bermula dengan kalau...sedangkan tahu semuanya yang telah berlalu tak mungkin akan ada lagi 'siaran ulangan'...kalau lah hidup ni smudah tengok siaran astro...hampir setiap hari dihidangkan dengan cerita2 yang kerap berulang2.....tapi ini kehidupan realiti....mustahil sama sekali ianya akan berlaku sedemikian.....

muncul pula persoalan kedua KENAPA....kenapa semuanya harus berlaku sedemikian rupa...kenapa mesti aku...kenapa mcam tu....kenapa macam ni...kenapa itu..kenapa ini....semuanya persoalan yang entahkan bila akan bertemu dengan sebuah jwapan yang pasti......kebuntuan dan kekeliruan semakin lama semakin menyesakkan fikiran...mulalah semuanya serba serbi tak kena....itu tak kena...ini tak kena...aduh!..sakit kepala aku....sekarang semua benda disekelilling aku memerlukan pemerhatian.....aku nak kena pastikan semuanya berjalan dengan baik....tak kira lah ianya melibatkan masalah "dalam negara"..."luar negara".."urusan seri paduka baginda"....atau apa sahaja lah yang berkaitan dengan aku ni..semuanya aku nak kena fikir sendiri...lepak weyh...lepak aku.....hidup dah tunggang terbalik.....lintang pukang...dah tak tersusun....nak anggapkan mcam tak ada apa2?..it is not so easy...... at the end nanti...jadilah macam ni......
ting tong!!

oh tidak!....semoga saja aku masih bisa untuk mengawal semuanya...semoga sahaja semua benda yang berlaku pada aku sejak akhir2 ni takkan menjejaskan aku sedikit pun.....huhuhu....semoga saja ALLAH akan memberikan aku petunjuk kepada setiap permasalahan yang melanda aku kini.....semoga saja aku diberikan ketabahan yang bukannya sedikit untuk menghadapi setiap dugaan dan cubaan ini.....semoga saja aku akan dijauhkan dari segala benda yang tidak elok......dan semoga saja....................

arios.........

Thursday, May 13, 2010

kalau lah aku tahu....

"kalau lah aku tahu"....tu lah satu perkataan yang sering bermain dalam fikiran aku....main bola sepak, bola keranjang, bola jaring...semua jenis permainan ada sejak2 akhir2 ni.....x tahu lah mcm mane aku nak nyatakan kisah aku buat kali...amat berat.....seperti biasa2nya la kan....aku suka simpan cerita kumpul lama2 baru aku nak kongsi cerita.....sebab aku nak mempersiapkan diri dengan segala kemungkinan, sebab aku nak tenangkan fikiran dan cuba mencari sebuah jawapan kepada persoalan yang langsung aku tak tahu jawapan apa yang sesuai untuk soalan tu.....

orang macam aku ni memang tak pernah habis dengan masalah.....kalau sekiranya kelihatan aku ni seperti apa yang korang nampak sekarang ni...semuanya hanya sekadar penglihatan dari segi luaran....tapi dalaman aku tak ada siapa pun tahu....sedih ke, happy ke, sakit ke, bahagia ke.......even kalau ada yang tahu pun tak semuanya aku perlu nyatakan....bila bersama dengan mereka2 yang aku sayang, aku akan cuba lupakan semuanya...tapi hakikat yang sebenar bila aku bersendirian....mulalah buat drama sendiri....'hati tisu'....aku pun ada hati dan perasaan...boleh bersuka ria dan bole juga menangis bila tiba satu ketika.....

dugaan yang aku lalui setiap dari masalah yang melanda pada diri aku ni memang selalunya amat payah......kekadang aku tertanya sendiri...kenapa harus aku? tapi berbalik pada ketentuan...mungkin ada hikmah disebalik segala yang berlaku.....banyak sangat kiasan kan dalam kisah aku.....sebab aku sendiri kurang jelas dengan masalah yang aku hadapi sekrang ni.....terawang2 dalam dunia fantasia bulan hempedu....buat salah, tak buat lagi lah nanti kata aku salah, tapi bila aku dah cuba sebaik mungkin untuk tidak buat salah kenapa susah pulak untuk terima apa yang nak dalam hidup aku sendir....aku tak berhak bahagia ke?...ye! aku faham kiranya diri aku ni masih lagi "berhutang" dengan mereka.....sumpah! bukan niat aku untuk menyalahkan mereka atau menghukum mereka kerana aku tidak layak dan tidak berhak berbuat demikian.....tapi kenapa?kenapa?....aku seakan sesat berada di antara 2 persimpangan berbeza.....di satu simpang kelihatan satu jalan yang memang telah pun jelas lagi nyata serta sudah pun tersedia ianya menuju ke arah mana.......di satu simpang pulak kelihatan samar2 cahaya yang bersinar disebalik kegelapan yang kelihatan....tidak tahu kenapa arahnya hujung perjalanan itu nanti......jadi, sedangkan terang lagi bersuluh.....sesetengah orang aku pasti mereka semua mesti akan ikut jalan yang telah pun memang dari awal sudah tahu ke mana pengakhirannya.....ada pulak sesetengahnya berpendapat kalau mereka pilih jalan yang satu lagi mungkin mereka akan berjaya dan mungkin jua akan gagal, itu semua tergantung kepada kekuatan fizikal dan mental masing2......dan yang pasti cabaran demi cabaran yang akan ditempuhi dijalan asing itu sehinggalah tiba ke destinasinya nanti........dan aku pula, kini memang berada betul2 ditengah antara 2 persimpangan ini....jalan yang ada tu aku nak ikut...jalan yang asing tu pun aku nak cuba ikut......ak buntu mencari jawapannya......gagal menyelesaikan teka silang kata yang bermain2 dalam kotak minda yang entah bila2 masa je bole meletup.....perjalanan dan kepayahan yang aku rasai seakan tak pernah habis dan takkan pernah habis....nak cari jawapan pada soalan tu seakan lebih susah dari bermain jigsaw puzzle, lagi susah dari main chess....lagi susah dari dam......entah lah......sekurang2nya aku bersyukur sebab aku masih diberikan ketabahan dan kesabaran bila tiba soal masalah macam ni....aku kurang sabar dalam hal2 remeh temeh...tapi aku boleh bersabar dengan masalah yang sebesar mcam ni...entahkan sampai bila lah aku mampu bertahan.....

satu lagi jenis aku adalah DEGIL....ya!...aku akui memang aku degil, kalau aku kata aku nak tu...aku tetap nak itu jugak.....aku akan cuba jugak dapatkan sampai aku puas hti.....x kire lah memerlukan masa yang lama ataupun sekejap...mesti kena dapat!!entahkan bila semuanya ini akan berakhir aku pun tak tahu......bila aku cuba buat benda betul...halangannya sentiasa ada...bila aku cuba nak buat kje salah atau keje gile dah memang sah2 lah benda yang aku buat tu salah....tak payah lah ckapkan.....habis kalau dah smue benda baik betul ke tak betul ke asyik nampak tak betul je bila masanya semua masalah nak selesai.........aku tak faham lah......

emmmm........apa sajalah....aku dah penat yang teramat sangat.....rasa tak mampu lagi nak "berdiri.....terpulang lah apa pun nak berlaku selepas ni...........
(dengan tiba2 teringat lagu memori berkasih-achik n nana...huhu)......................

= :::: (