Thursday, December 31, 2009

pengakhiran 2009

diam tak diam 2009 kini melabuhkan tirai dan bermula lah permulaan yang baru dlm hidup...ade yg baru nk melangkah ke sem baru..hari baru jugak utk budak2 sekolah...umo kita yg jugak akan meningkat lagi setahun...pelbagai persepsi..pelbagai harapan..pelbagai azam yg dibuat utk tempuh tempoh baru 2010 yg hanya akan berlaku dlm beberapa detik je lagi..ade yg dok pikir mcm mana nk settle hutang..ade yg pikir macam mana nk settle semua masalah yg menimpa..ade yg bersedih..ade yg bahagia..pelbagai ragam manusia...tak kurang jugak hebatnya utk aku...

2009?
apa yang berlaku pada aku sepanjang tahun ni??...macam2..tak terasa..diam tak diam semuanya berlaku dalam sekelip mata..berubah jua sekelip mata..dan ternyata hidup aku sepanjang tahun ni..tidak lah sehebat atau seindah tahun2 yg lepas..tahun ini aku lebih banyak menyimpan duka dan sengsara...banyak menyimpan rasa..banyak menyimpan seribu satu rahsia..banyak menyimpan luka hitam dan luka dalam yg entahkan bila akan menemui penawarnya...terlalu banyak dan terlalu sakit utk aku menjelaskan...sukarnya aku utk mengalirkan airmatadahulu tetapi ternyata cukup mudah utk ianya mengalir tahun ini..seakan tidak mahu berhenti...ternyata kesedihan yg aku rasakan bukanlah sesuatu yg sedikit..
ya!..org melihat di sudut luar aku sgt bahagia...bergelak ketawa..bergurau senda..tapi bila bersendirian..aku mula mengasingkan diri..menangisi semua yg pernah terjadi..tiada siapa yg tahu..tak de sape rase...aku hadapi semuanya sendiri..
tabah??..itu hanya apa yg org lain nampak dari luaran..
sabar??..tidak!..aku diibaratkan sebagai sarang tebuan yang bekerja sendiri, tetapi dikala ada manusia yang menjoloknya, kala itu hanya manusia yg akan menjadi serangan ku..
hipokrit??..ye! kadangkala aku meletakkan keadaan aku dalam keadaan begitu kerana sekurang2nya org takkan tahu apa yang aku rasa..menghadapi segalanya sendiri lebih baik dari aku letakkan diri aku dengan melayan perasaan dihadapan org lain...bukan tak ade insan terapat yg berada dgn aku...mak aku, kwn baik aku, kwn2 aku yg lain..abg aku...tapi kadang2 tak semua yang kita rase perlu kita bagitahu pada dia..

perasaan sekarang??...entahlah...bila mengenangkan saat2 utk aku kehilangan tahun 2009 ni..rase sakit sgt...yela!..walaupun sepatutnya aku cuba utk bangkitkan semangat baru dalam diri..ternyata ianya sesuatu yang amat payah...hanya saat2 akhir menanti alam baru..hidup dan kesabaran aku diduga lagi...aku bersyukur kerana tidak mengetahuinya dengan sendiri..sebab aku tahu kalau aku tahu, mungkin aku akan nekad bertindak gila...tapi kewarasan fikiran mengatasi segalanya..ternyata sukar perasaan tu utk dikawal..tapi aku berjaya utk tidak meletakkan maruah aku di takhta terbawah sebagai insan yg pling hina....
cukuplah setahun..ye!!..cukup sudah setahun hati aku dipijak lumat..dihancurkan sehingga berkecai..tanpa ada serpihan yang dapat disatukan...ketabahan??..rasanya satu2nya yg aku cuba pertahankan ni pun semakin luntur dan lenyap...kalau nk dibandingkan org yg ada penyakit barah hati..sakit jantung, dia beruntung jugak kadang sebab rasakan kesakitan tu dan tahu bila masenya akan tiba...samada dia pergi meninggalkan dunia mahupun selamat....tapi utk penyakit yg melibatkan kesakitan dan luka dihati yg kita sendiri tak tahu n nampak..apakah ubat yg patut dimakan dan adakah ajal jugak menantinya...tak ada siapa tahu..sebab semuanya hanya luka...derita..sakit dihati yg tak ada siapa tahu apakah jenis penawar....bilakah ianya akan berakhir??...mungkin tika aku dah tak ada dalam dunia ni kan...
sakit..perit...pahit...terhiris...terluka...terseksa...marah...benci..sakit hati...jiwa kacau...tapi ape lagi aku boleh buat??..kalu beginilah kesudahan...kiranya kali terakhir dan kali ini jua aku masih akan menitiskan airmata..
aaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrgggggggggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!
kali ini aku benar2 sendiri..yg jauh dah tiada..yg ada hilang..aku karam..karam dan lemas dalam linangan airmata aku sendiri...selamat tinggal 2009..selamat berbahagia semua kesengsaraan.....selamat berbahagia semua kenangan...semoga kau terus terusan indah dan selamnya indah utk terus menetap dalam jiwaku...sekarang kaulah segalanya bagi aku...utk aku tiada lagi keindahan..tiada jua kebahgiaan..tiada lagi senyuman..tiada lagi keceriaan..yg ada hanyalah tangisan dan sebuah kepura-puraan...lebih baik begitu..biarlah kiranya aku berpura2 utk ketawa dan bahagia asalkan org disekeliling aku jua bahagia...selamat datang 2010....

sekian lah utk 2009...kepada kawan2ku sekalian..tentangilah dgn tenang siapa saja yg cuba menyakiti kita...bangkit semula..
selamat tahun baru semua...
alia, kak ema, deeja, syaza, aiman dan yg sewaktu dgnnya...berjuang lah utk tahun terakhir kita kat sini...

Saturday, December 19, 2009

ramalanku benar belaka....

sudah ku duga..sudah ku jangka..
sekelip mata semuanya berubah tanpa sempat utk aku berkata2..meluah bicara..sedar dan tidak..dia bukan lagi insan yg aku kenal sebelum ni..dia bukan lagi sahabat..dia bukan jua teman yang aku kira biasa menemani aku saat aku memerlukan..saat aku kesedihan..namun ternyata ianya tidak seperti yg aku duga..siapa sangka apa yg aku takuti selama ini kini terjadi...kehilangan!..ye..hilangnya seorang sahabat..pernah suatu ketika dahulu dia menghulurkan salam persahabatan namun dia jua yang mengakhirinya tanpa berikan aku sedikit peluang pun utkku memberikan penjelasan..

siapalah aku utk menghalang..siapalah aku utk melarang..siapalah aku marah..siapa jua lah aku utk menghukum...semuanya sudah tertulis..kabar dia?..kini rasmilah sudah dia bergelar tunangan org..adik dan ibunya nyata terkilan..tapi aku lebih dulu terkilan..bukan kerana dia adalah tunangan org..tapi kerana dia tidak faham siapa aku..dan erti sebuah persahabatan yg dia hulur selama ini..kiranya ku tahu silap dan kealpaan aku sehingga menimbulkan perasaan itu..takkan sesekali aku cuba utk menggungkapnya..dengan serta merta dia menjatuhkan hukuman pada aku hanya kerana sekelumit perasaan itu..bukan diri aku utk menagih kasih org..bukan cara aku utk memaksa dia menghulurkan kasihnya..bukan jua prinsip aku utk mementingkan perasaan dari sebuah ikatan persahabatan yg suci..tapi dia masih tak faham dan tidak mengerti tentangnya..hinggakan aku dan dia terpaksa bermusuhan..

padanya aku ingin menyatakan setinggi2 terima kasih yg tidak terhingga kerana sudi bersahabat dengan aku walaupun pada dasar dan akhirnya dia bukanlah sahabat yg benar2 bergelar seorang sahabat..doaku agar dia akan senantiasa BERBAHAGIA hendaknya...binalah mahligaimu yg terindah melalui titisan airmataku..airmata inilah saksi segalanya..terima kasih sekali lagi...tangisan dalam senyuman..

=::: )

sekian,wassalam....

Friday, December 11, 2009

kegagalan memperjuang hidup

gagal...
satu perkataan yang kurasakan tepat disaat2 aku merasakan kegagalan demi kegagalan yang menghampiri diri aku sejak dari mula..gagal mengenal diri..gagal mempertahan apa yang aku ada..gagal memperjuang hati dan nurani..gagal memperkasa minda sendiri..gagal dari segala segi..

kerdil,
ye,aku percaya setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..begitu jualah yang berlaku kini..setiap kali aku mengingati sesuatu..aku akan mengingati seseorang..seseorang yang tanpa sedar dan dalam diam membuat aku berubah..tersentak..terkesima..terkedu..terkaku..terdiam membisu..ku akui..aku tidak sehebatnya..tidak sebaiknya..tidak semulianya..kadangkala dibawah sedar dia telah memberitahu sesuatu..sesuatu yang bisa meruntun hati dan jiwa hanya dengan sebuah kata2..sesuatu yang bisa membuat manusia yang alpa kembali semula ke jalanNYA..ye!.itulah dia..sesungguhnya aku bersyukur dikala aku diizinkan olehNYA utk kenal dengannya..kerana dialah aku sedar apa itu kehidupan..kerana dialah aku sedar apa itu kemanusiaan..kerana dialah aku bangkit dikala aku kesusahan..semuanya kerana dia..namun terpaksa aku akui kadangkala aku tewas jua..tewas kerana gagal lagi dalam merperjuangkan segalanya..

hina,
itulah apa yang aku rasa..hina kerana kegagalan itu..kegagalan yang amat memberi impak pada aku sehingga kini..kenapa aku tak boleh jadi sehebat dia?kenapa aku tak boleh menjadi sebaik dia?..kenapa aku tak boleh mengikuti jejak langkahnya?kenapa dan mengapa semuanya harus terjadi pada aku?kemana harga diri aku?kemana maruahku?kenapa aku tak boleh?bukannya susah..hanya perlu mencontohi..YA ALLAH..KAU yang MAHA BESAR..bantulah aku YA ALLAH..
aku...aku...aku kini hilang bicara..hilang kata2..hilang semuanya..aku buntu..

sekian,wassalam.. :sad (

Thursday, December 10, 2009

sebuah kisah...sebuah cerita..sebuah bicara...

ye...satu cerita dimana aku sendiri kurang memahami ape sebenarnya yang berlaku dan kenapa semuanya berlaku..tidak pula aku tahu...cerita kelakar?..tidak!..cerita dongeng? semestinya tidak...cerita cinta..haha..jauh berbeda..drama???tidak juga..tapi cerita ini adelah sebuah cerita dimana sebuah ikatan persahabatan erat yang terjalin tanpa dipinta dijadikan bahan gurauan dan bahan sebuah penghinaan dan penindasan...cerita2 yang kite dengar tentang penindasan ni biasenya berlaku diluar negara sbg contoh:iraq,iran dan sebagainya...itu sebuah penindasan yang kite nampak.yang tak nampak?contohnya:kata2 yang amat berbisa...kata2 yang mengeluarkan noda..kata2 yang penuh dusta..kesannya amat dashyat kalu dihitung dan dikira...

belum pun reda kisah yang menimpa...datang pulak satu bala..dimana kami sendiri tak pernah nak jangka n tak pernah nak duga kalu semuanya akan membawa satu bencana..semakin aku tak betah bila aku yang tidak tahu ape salahku..ape sebenarnya yang berlaku..terus dijatuhkan hukuman maut tanpa ada belas ihsan..tanpa ada sebuah rayuan..yang ada hanya satu penyiksaan..satu penindasan..satu penghinaan..kami yang tak tahu menahu atau bersalah pun senang2 ditindas,dihina,dikritik dan dikutuk...tapi utk apa dan mengapa hanya ALLAH MAHA MEMAHAMINYA...

banyak lagi masalah yang aku pikirkan utk aku selesaikan..dah cukup berat dah...mcam2...aku menggangap ianya sebagai dugaan...semoga ALLAH SWT membuka pintu hati mereka seluas2nya utk sedar sebelum terlambat..akan aku pertahankan diri aku demi teman2..tapi seandainya sampai satu tahap hingga aku sendiri tak tahan..jangan salahkan aku kalu blood pressure aku naik tibe2...selagi lagi aku ulang..aku takkan cari pasal klu org tak mula cari pasal dengan aku..tapi awas!!..sekali kau cari pasal..selama2nya kau terjerat...silakan buat apa yang ko rase nk buat selagi kau mampu..tapi ingat!!..ALLAH sentiasa ada bersama org yang teraniaya...

sekian,wassalam

Tuesday, December 8, 2009

berhenti berharap

tidak kuduga..tidak ku minta...tiada kata2 pembuka bicara..tiada lagi tawa pemusnah lara..tiada ungkapan menyatakan yang sebenarnya...harapan yang hadir cumalah mainan mimpiku semata2..yang hadirnya hanya utk seketika..sekadar tempatku meluah rasa..sekadar tempatku meluah bicara..sekadar bayangan yang cuma hadir seketika..kala tiba harinya...dia pergi...pergi dan pergi lagi meninggalkan semuanya..namun aku relakan semuanya kerana aku tahu..cinta atau kasihnya bukan utkku jua..namun hanya layak utk insan yang dicintainya..akan tiba jua satu saat aku akan ditinggalkannya..tapi aku telahpun bersedia sejak dari mula..harapan tinggal impian..harapan tinggal kenangan..harapan cuma tinggal harapan...tak perlu lagi dia menyatakan...aku kian mengerti.apa yang tersembunyi disebalik sekeping hati..sekarang yang tinggal hanyalah mimpi dalam mimpi...ku cuma berharap kau takkan pernah tahu apa yang tersembunyi desebalik sekeping hatiku ini...cukuplah sekali..kali ni takkan aku biarkan ianya berlaku lagi..biarlah aku yang memahaminya sendiri..makna yang tersurat dan yang tersirat didalamnya...sudahlah..sudah..ku ingin pergi..dari hatimu..selamanya...

jiwang??lantaklah..cuma aku yang faham apa yang aku rasa..tak perlulah org lain tahu tentangnya...ade aku kisah???aku takkan kacau org kalu org tak kacau aku..

sekian,wassalam

Monday, December 7, 2009

seribu satu persoalan

salam...

perasaan tu dtg lagi..tapi aku tak nak lagi tergesa2..aku tak patut rase mcm ni..tak bole..tak sepatutnya..dia adalah satu kesilapan..dia bukan utkku..dia bukan milikku..tapi kalau betul kenapa aku tak mampu jauh dari die..aku tak mahu perasaan ni..aku tahu aku akan tewas jua satu hari ni..sebab dia bukan hak aku..bukan milik aku..aku tahu dia sayang aku..aku pun sayang dia..mula2 dulu aku syg dia sebagai tuttttttt...namun entah bila aku tewas aku sendiri tidak menyedarinya..bila perasaan ni ada,tidak jua aku ketahui..semuanya berlaku tiba2..

tidak!!!..ini semua cuma mainan perasaan aku semata2..utk mengelirukan aku lagi...ye..cuma utk buat aku keliru..aku takkan sesekali tertipu lagi...biarlah aku mengalah sekarang..daripada aku terpaksa menanggung akibatnya akan datang..aku tak sanggup bila ianya akan berlaku nanti..biarlah aku cegah semuanya dari mula..aku mesti kuatkan semangat..aku mesti harungi..aku mesti kawal keadaan..kawal perasaan..kawal diri aku..daripada tewas ke tangannya...cukuplah...

sekian,wassalam

Saturday, December 5, 2009

selamat jalan romeo!!

salam...

tak disangka2..apa yang aku nak selama ternyata tercapai jua..bebas dari genggaman seorang lelaki yang tak tahu kalu itu yang aku mahukan dari dia sebelum ni..bukannya susah pun nk faham tapi dia je yang duk buat saje2 tak nak faham..aku lagi la tak faham..tapi siapa lah sangka kembali nya aku utk bercuti ternyata satu percutian yang tenang bila akhirnya dia sendiri menyatakan dan memperkenalkan diri dia sebagai seorang yang benar2 asing dalam hidup aku...aku sangkakan juga semuanya akan berakhir disitu namun ia tidaklah semudah yang aku kira.ternyata jua dia adalah seorang yang pesimis..pathetic dgn diri sendiri..tulah salah satu sebab kenapa mak aku tak pernah suka dia..bukan tak cuba..dah banyak peluang yang mak aku bagi pada dia dgn harapan dia akan berubah..namun ternyata itu tidak memberikan kesan pada dia..mentang2 mak aku kenal dia..dia ingt senang2 dia bole buat ikut dia..jangan mimpi lah...kalu dah mak aku kata tak elok tu..tak elok la maknanya...nasib baik aku ikut cakap mak aku..aku pun mula2 berkeras yang dia akan berubah satu hari nanti..yela.kena lah bagi peluang juga..tak adalah tinggal terus bila mak aku cakap dia tak sesuai utk aku..tapi bila makin lama kenal dia makin ketara sikap dia..macam2 cara aku cuba utk ubah dia betul2 jadi manusia..balik2 tu jugak yang dia buat..sampai aku sendiri naik fedup..asyik nk marah2..semua sebab dia lah...yang dia bole buat bodoh macam benda tu tak penting langsung..bingit memang bingit la mase tu..tapi aku sabar lagi dgn harapan dia memang akan berubah sendiri..tapi sekali lagi aku silap..dan yang lebih sadisnya terpaksa berpisah selepas 4 thun..mase yg sgt lame dan pnjang utk aku bersama dgn seseorg..tu pun dia masih lagi tak faham2..mase yang aku bagi tu sangat lama..4 tahun..mcm2 bole jadi...tapi dia tetap macam tu jugak..aku bagi nasihat..bagi jalan mcm tu supaya dia jadi org..berubah.utk diri dia sendiri..kesenangan diri sendiri..tapi balik2 macam tu jugak..nak ckap apa lagi...lpas tu bila aku sendiri dah give up..baru terhegeh2 nk buat tu buat ni..bile aku dh mula tawar hati..mase tu la sibuk ke sana ke mari...lepas tu nak salahkan aku bila aku dah tak suke dia...aku nasihat dulu tak nak dengar..ambil sambil lewa..bila dah jadi macam ni..n salahkan sape...perkara terakhir yang paling aku tak duga dia akan buat bila dia sanggup mencemarkan nama dia n diri dia sendiri dgn bawak pempuan lain dtg umh aku...lpas tu tuduh aku dah bertunang..entah bilanya ade rombongan?entah bilenya ade majlis tunang aku sendiri pun tak tahu...sape tunang aku pun aku tak kenal...kalu niat nk bg aku jeles dengan bawak pempuan tu..harap maaf la...perasaan tu dh sememangnya tak ada..hilang...dari situ dia dah terang dan nyata tunjukkan pada aku n mak aku siapa dia yang sebenarnya...jadi tak silap lah kalu aku buat keputusan uk mengakhiri semuanya...dengan senang hati dipersilakan keluar dari hidup aku...sedih??..tak lagi..sebab aku tak rasa ape pun..selamat jalan romeo...aku bukan milikmu lagi...

sekian,wassalam...