gagal...
satu perkataan yang kurasakan tepat disaat2 aku merasakan kegagalan demi kegagalan yang menghampiri diri aku sejak dari mula..gagal mengenal diri..gagal mempertahan apa yang aku ada..gagal memperjuang hati dan nurani..gagal memperkasa minda sendiri..gagal dari segala segi..
kerdil,
ye,aku percaya setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..begitu jualah yang berlaku kini..setiap kali aku mengingati sesuatu..aku akan mengingati seseorang..seseorang yang tanpa sedar dan dalam diam membuat aku berubah..tersentak..terkesima..terkedu..terkaku..terdiam membisu..ku akui..aku tidak sehebatnya..tidak sebaiknya..tidak semulianya..kadangkala dibawah sedar dia telah memberitahu sesuatu..sesuatu yang bisa meruntun hati dan jiwa hanya dengan sebuah kata2..sesuatu yang bisa membuat manusia yang alpa kembali semula ke jalanNYA..ye!.itulah dia..sesungguhnya aku bersyukur dikala aku diizinkan olehNYA utk kenal dengannya..kerana dialah aku sedar apa itu kehidupan..kerana dialah aku sedar apa itu kemanusiaan..kerana dialah aku bangkit dikala aku kesusahan..semuanya kerana dia..namun terpaksa aku akui kadangkala aku tewas jua..tewas kerana gagal lagi dalam merperjuangkan segalanya..
hina,
itulah apa yang aku rasa..hina kerana kegagalan itu..kegagalan yang amat memberi impak pada aku sehingga kini..kenapa aku tak boleh jadi sehebat dia?kenapa aku tak boleh menjadi sebaik dia?..kenapa aku tak boleh mengikuti jejak langkahnya?kenapa dan mengapa semuanya harus terjadi pada aku?kemana harga diri aku?kemana maruahku?kenapa aku tak boleh?bukannya susah..hanya perlu mencontohi..YA ALLAH..KAU yang MAHA BESAR..bantulah aku YA ALLAH..
aku...aku...aku kini hilang bicara..hilang kata2..hilang semuanya..aku buntu..
sekian,wassalam.. :sad (
Friday, December 11, 2009
kegagalan memperjuang hidup
wrote by ~r33n@AiN~ at Friday, December 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment