Thursday, December 31, 2009

pengakhiran 2009

diam tak diam 2009 kini melabuhkan tirai dan bermula lah permulaan yang baru dlm hidup...ade yg baru nk melangkah ke sem baru..hari baru jugak utk budak2 sekolah...umo kita yg jugak akan meningkat lagi setahun...pelbagai persepsi..pelbagai harapan..pelbagai azam yg dibuat utk tempuh tempoh baru 2010 yg hanya akan berlaku dlm beberapa detik je lagi..ade yg dok pikir mcm mana nk settle hutang..ade yg pikir macam mana nk settle semua masalah yg menimpa..ade yg bersedih..ade yg bahagia..pelbagai ragam manusia...tak kurang jugak hebatnya utk aku...

2009?
apa yang berlaku pada aku sepanjang tahun ni??...macam2..tak terasa..diam tak diam semuanya berlaku dalam sekelip mata..berubah jua sekelip mata..dan ternyata hidup aku sepanjang tahun ni..tidak lah sehebat atau seindah tahun2 yg lepas..tahun ini aku lebih banyak menyimpan duka dan sengsara...banyak menyimpan rasa..banyak menyimpan seribu satu rahsia..banyak menyimpan luka hitam dan luka dalam yg entahkan bila akan menemui penawarnya...terlalu banyak dan terlalu sakit utk aku menjelaskan...sukarnya aku utk mengalirkan airmatadahulu tetapi ternyata cukup mudah utk ianya mengalir tahun ini..seakan tidak mahu berhenti...ternyata kesedihan yg aku rasakan bukanlah sesuatu yg sedikit..
ya!..org melihat di sudut luar aku sgt bahagia...bergelak ketawa..bergurau senda..tapi bila bersendirian..aku mula mengasingkan diri..menangisi semua yg pernah terjadi..tiada siapa yg tahu..tak de sape rase...aku hadapi semuanya sendiri..
tabah??..itu hanya apa yg org lain nampak dari luaran..
sabar??..tidak!..aku diibaratkan sebagai sarang tebuan yang bekerja sendiri, tetapi dikala ada manusia yang menjoloknya, kala itu hanya manusia yg akan menjadi serangan ku..
hipokrit??..ye! kadangkala aku meletakkan keadaan aku dalam keadaan begitu kerana sekurang2nya org takkan tahu apa yang aku rasa..menghadapi segalanya sendiri lebih baik dari aku letakkan diri aku dengan melayan perasaan dihadapan org lain...bukan tak ade insan terapat yg berada dgn aku...mak aku, kwn baik aku, kwn2 aku yg lain..abg aku...tapi kadang2 tak semua yang kita rase perlu kita bagitahu pada dia..

perasaan sekarang??...entahlah...bila mengenangkan saat2 utk aku kehilangan tahun 2009 ni..rase sakit sgt...yela!..walaupun sepatutnya aku cuba utk bangkitkan semangat baru dalam diri..ternyata ianya sesuatu yang amat payah...hanya saat2 akhir menanti alam baru..hidup dan kesabaran aku diduga lagi...aku bersyukur kerana tidak mengetahuinya dengan sendiri..sebab aku tahu kalau aku tahu, mungkin aku akan nekad bertindak gila...tapi kewarasan fikiran mengatasi segalanya..ternyata sukar perasaan tu utk dikawal..tapi aku berjaya utk tidak meletakkan maruah aku di takhta terbawah sebagai insan yg pling hina....
cukuplah setahun..ye!!..cukup sudah setahun hati aku dipijak lumat..dihancurkan sehingga berkecai..tanpa ada serpihan yang dapat disatukan...ketabahan??..rasanya satu2nya yg aku cuba pertahankan ni pun semakin luntur dan lenyap...kalau nk dibandingkan org yg ada penyakit barah hati..sakit jantung, dia beruntung jugak kadang sebab rasakan kesakitan tu dan tahu bila masenya akan tiba...samada dia pergi meninggalkan dunia mahupun selamat....tapi utk penyakit yg melibatkan kesakitan dan luka dihati yg kita sendiri tak tahu n nampak..apakah ubat yg patut dimakan dan adakah ajal jugak menantinya...tak ada siapa tahu..sebab semuanya hanya luka...derita..sakit dihati yg tak ada siapa tahu apakah jenis penawar....bilakah ianya akan berakhir??...mungkin tika aku dah tak ada dalam dunia ni kan...
sakit..perit...pahit...terhiris...terluka...terseksa...marah...benci..sakit hati...jiwa kacau...tapi ape lagi aku boleh buat??..kalu beginilah kesudahan...kiranya kali terakhir dan kali ini jua aku masih akan menitiskan airmata..
aaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrgggggggggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!
kali ini aku benar2 sendiri..yg jauh dah tiada..yg ada hilang..aku karam..karam dan lemas dalam linangan airmata aku sendiri...selamat tinggal 2009..selamat berbahagia semua kesengsaraan.....selamat berbahagia semua kenangan...semoga kau terus terusan indah dan selamnya indah utk terus menetap dalam jiwaku...sekarang kaulah segalanya bagi aku...utk aku tiada lagi keindahan..tiada jua kebahgiaan..tiada lagi senyuman..tiada lagi keceriaan..yg ada hanyalah tangisan dan sebuah kepura-puraan...lebih baik begitu..biarlah kiranya aku berpura2 utk ketawa dan bahagia asalkan org disekeliling aku jua bahagia...selamat datang 2010....

sekian lah utk 2009...kepada kawan2ku sekalian..tentangilah dgn tenang siapa saja yg cuba menyakiti kita...bangkit semula..
selamat tahun baru semua...
alia, kak ema, deeja, syaza, aiman dan yg sewaktu dgnnya...berjuang lah utk tahun terakhir kita kat sini...

Saturday, December 19, 2009

ramalanku benar belaka....

sudah ku duga..sudah ku jangka..
sekelip mata semuanya berubah tanpa sempat utk aku berkata2..meluah bicara..sedar dan tidak..dia bukan lagi insan yg aku kenal sebelum ni..dia bukan lagi sahabat..dia bukan jua teman yang aku kira biasa menemani aku saat aku memerlukan..saat aku kesedihan..namun ternyata ianya tidak seperti yg aku duga..siapa sangka apa yg aku takuti selama ini kini terjadi...kehilangan!..ye..hilangnya seorang sahabat..pernah suatu ketika dahulu dia menghulurkan salam persahabatan namun dia jua yang mengakhirinya tanpa berikan aku sedikit peluang pun utkku memberikan penjelasan..

siapalah aku utk menghalang..siapalah aku utk melarang..siapalah aku marah..siapa jua lah aku utk menghukum...semuanya sudah tertulis..kabar dia?..kini rasmilah sudah dia bergelar tunangan org..adik dan ibunya nyata terkilan..tapi aku lebih dulu terkilan..bukan kerana dia adalah tunangan org..tapi kerana dia tidak faham siapa aku..dan erti sebuah persahabatan yg dia hulur selama ini..kiranya ku tahu silap dan kealpaan aku sehingga menimbulkan perasaan itu..takkan sesekali aku cuba utk menggungkapnya..dengan serta merta dia menjatuhkan hukuman pada aku hanya kerana sekelumit perasaan itu..bukan diri aku utk menagih kasih org..bukan cara aku utk memaksa dia menghulurkan kasihnya..bukan jua prinsip aku utk mementingkan perasaan dari sebuah ikatan persahabatan yg suci..tapi dia masih tak faham dan tidak mengerti tentangnya..hinggakan aku dan dia terpaksa bermusuhan..

padanya aku ingin menyatakan setinggi2 terima kasih yg tidak terhingga kerana sudi bersahabat dengan aku walaupun pada dasar dan akhirnya dia bukanlah sahabat yg benar2 bergelar seorang sahabat..doaku agar dia akan senantiasa BERBAHAGIA hendaknya...binalah mahligaimu yg terindah melalui titisan airmataku..airmata inilah saksi segalanya..terima kasih sekali lagi...tangisan dalam senyuman..

=::: )

sekian,wassalam....

Friday, December 11, 2009

kegagalan memperjuang hidup

gagal...
satu perkataan yang kurasakan tepat disaat2 aku merasakan kegagalan demi kegagalan yang menghampiri diri aku sejak dari mula..gagal mengenal diri..gagal mempertahan apa yang aku ada..gagal memperjuang hati dan nurani..gagal memperkasa minda sendiri..gagal dari segala segi..

kerdil,
ye,aku percaya setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..begitu jualah yang berlaku kini..setiap kali aku mengingati sesuatu..aku akan mengingati seseorang..seseorang yang tanpa sedar dan dalam diam membuat aku berubah..tersentak..terkesima..terkedu..terkaku..terdiam membisu..ku akui..aku tidak sehebatnya..tidak sebaiknya..tidak semulianya..kadangkala dibawah sedar dia telah memberitahu sesuatu..sesuatu yang bisa meruntun hati dan jiwa hanya dengan sebuah kata2..sesuatu yang bisa membuat manusia yang alpa kembali semula ke jalanNYA..ye!.itulah dia..sesungguhnya aku bersyukur dikala aku diizinkan olehNYA utk kenal dengannya..kerana dialah aku sedar apa itu kehidupan..kerana dialah aku sedar apa itu kemanusiaan..kerana dialah aku bangkit dikala aku kesusahan..semuanya kerana dia..namun terpaksa aku akui kadangkala aku tewas jua..tewas kerana gagal lagi dalam merperjuangkan segalanya..

hina,
itulah apa yang aku rasa..hina kerana kegagalan itu..kegagalan yang amat memberi impak pada aku sehingga kini..kenapa aku tak boleh jadi sehebat dia?kenapa aku tak boleh menjadi sebaik dia?..kenapa aku tak boleh mengikuti jejak langkahnya?kenapa dan mengapa semuanya harus terjadi pada aku?kemana harga diri aku?kemana maruahku?kenapa aku tak boleh?bukannya susah..hanya perlu mencontohi..YA ALLAH..KAU yang MAHA BESAR..bantulah aku YA ALLAH..
aku...aku...aku kini hilang bicara..hilang kata2..hilang semuanya..aku buntu..

sekian,wassalam.. :sad (

Thursday, December 10, 2009

sebuah kisah...sebuah cerita..sebuah bicara...

ye...satu cerita dimana aku sendiri kurang memahami ape sebenarnya yang berlaku dan kenapa semuanya berlaku..tidak pula aku tahu...cerita kelakar?..tidak!..cerita dongeng? semestinya tidak...cerita cinta..haha..jauh berbeda..drama???tidak juga..tapi cerita ini adelah sebuah cerita dimana sebuah ikatan persahabatan erat yang terjalin tanpa dipinta dijadikan bahan gurauan dan bahan sebuah penghinaan dan penindasan...cerita2 yang kite dengar tentang penindasan ni biasenya berlaku diluar negara sbg contoh:iraq,iran dan sebagainya...itu sebuah penindasan yang kite nampak.yang tak nampak?contohnya:kata2 yang amat berbisa...kata2 yang mengeluarkan noda..kata2 yang penuh dusta..kesannya amat dashyat kalu dihitung dan dikira...

belum pun reda kisah yang menimpa...datang pulak satu bala..dimana kami sendiri tak pernah nak jangka n tak pernah nak duga kalu semuanya akan membawa satu bencana..semakin aku tak betah bila aku yang tidak tahu ape salahku..ape sebenarnya yang berlaku..terus dijatuhkan hukuman maut tanpa ada belas ihsan..tanpa ada sebuah rayuan..yang ada hanya satu penyiksaan..satu penindasan..satu penghinaan..kami yang tak tahu menahu atau bersalah pun senang2 ditindas,dihina,dikritik dan dikutuk...tapi utk apa dan mengapa hanya ALLAH MAHA MEMAHAMINYA...

banyak lagi masalah yang aku pikirkan utk aku selesaikan..dah cukup berat dah...mcam2...aku menggangap ianya sebagai dugaan...semoga ALLAH SWT membuka pintu hati mereka seluas2nya utk sedar sebelum terlambat..akan aku pertahankan diri aku demi teman2..tapi seandainya sampai satu tahap hingga aku sendiri tak tahan..jangan salahkan aku kalu blood pressure aku naik tibe2...selagi lagi aku ulang..aku takkan cari pasal klu org tak mula cari pasal dengan aku..tapi awas!!..sekali kau cari pasal..selama2nya kau terjerat...silakan buat apa yang ko rase nk buat selagi kau mampu..tapi ingat!!..ALLAH sentiasa ada bersama org yang teraniaya...

sekian,wassalam

Tuesday, December 8, 2009

berhenti berharap

tidak kuduga..tidak ku minta...tiada kata2 pembuka bicara..tiada lagi tawa pemusnah lara..tiada ungkapan menyatakan yang sebenarnya...harapan yang hadir cumalah mainan mimpiku semata2..yang hadirnya hanya utk seketika..sekadar tempatku meluah rasa..sekadar tempatku meluah bicara..sekadar bayangan yang cuma hadir seketika..kala tiba harinya...dia pergi...pergi dan pergi lagi meninggalkan semuanya..namun aku relakan semuanya kerana aku tahu..cinta atau kasihnya bukan utkku jua..namun hanya layak utk insan yang dicintainya..akan tiba jua satu saat aku akan ditinggalkannya..tapi aku telahpun bersedia sejak dari mula..harapan tinggal impian..harapan tinggal kenangan..harapan cuma tinggal harapan...tak perlu lagi dia menyatakan...aku kian mengerti.apa yang tersembunyi disebalik sekeping hati..sekarang yang tinggal hanyalah mimpi dalam mimpi...ku cuma berharap kau takkan pernah tahu apa yang tersembunyi desebalik sekeping hatiku ini...cukuplah sekali..kali ni takkan aku biarkan ianya berlaku lagi..biarlah aku yang memahaminya sendiri..makna yang tersurat dan yang tersirat didalamnya...sudahlah..sudah..ku ingin pergi..dari hatimu..selamanya...

jiwang??lantaklah..cuma aku yang faham apa yang aku rasa..tak perlulah org lain tahu tentangnya...ade aku kisah???aku takkan kacau org kalu org tak kacau aku..

sekian,wassalam

Monday, December 7, 2009

seribu satu persoalan

salam...

perasaan tu dtg lagi..tapi aku tak nak lagi tergesa2..aku tak patut rase mcm ni..tak bole..tak sepatutnya..dia adalah satu kesilapan..dia bukan utkku..dia bukan milikku..tapi kalau betul kenapa aku tak mampu jauh dari die..aku tak mahu perasaan ni..aku tahu aku akan tewas jua satu hari ni..sebab dia bukan hak aku..bukan milik aku..aku tahu dia sayang aku..aku pun sayang dia..mula2 dulu aku syg dia sebagai tuttttttt...namun entah bila aku tewas aku sendiri tidak menyedarinya..bila perasaan ni ada,tidak jua aku ketahui..semuanya berlaku tiba2..

tidak!!!..ini semua cuma mainan perasaan aku semata2..utk mengelirukan aku lagi...ye..cuma utk buat aku keliru..aku takkan sesekali tertipu lagi...biarlah aku mengalah sekarang..daripada aku terpaksa menanggung akibatnya akan datang..aku tak sanggup bila ianya akan berlaku nanti..biarlah aku cegah semuanya dari mula..aku mesti kuatkan semangat..aku mesti harungi..aku mesti kawal keadaan..kawal perasaan..kawal diri aku..daripada tewas ke tangannya...cukuplah...

sekian,wassalam

Saturday, December 5, 2009

selamat jalan romeo!!

salam...

tak disangka2..apa yang aku nak selama ternyata tercapai jua..bebas dari genggaman seorang lelaki yang tak tahu kalu itu yang aku mahukan dari dia sebelum ni..bukannya susah pun nk faham tapi dia je yang duk buat saje2 tak nak faham..aku lagi la tak faham..tapi siapa lah sangka kembali nya aku utk bercuti ternyata satu percutian yang tenang bila akhirnya dia sendiri menyatakan dan memperkenalkan diri dia sebagai seorang yang benar2 asing dalam hidup aku...aku sangkakan juga semuanya akan berakhir disitu namun ia tidaklah semudah yang aku kira.ternyata jua dia adalah seorang yang pesimis..pathetic dgn diri sendiri..tulah salah satu sebab kenapa mak aku tak pernah suka dia..bukan tak cuba..dah banyak peluang yang mak aku bagi pada dia dgn harapan dia akan berubah..namun ternyata itu tidak memberikan kesan pada dia..mentang2 mak aku kenal dia..dia ingt senang2 dia bole buat ikut dia..jangan mimpi lah...kalu dah mak aku kata tak elok tu..tak elok la maknanya...nasib baik aku ikut cakap mak aku..aku pun mula2 berkeras yang dia akan berubah satu hari nanti..yela.kena lah bagi peluang juga..tak adalah tinggal terus bila mak aku cakap dia tak sesuai utk aku..tapi bila makin lama kenal dia makin ketara sikap dia..macam2 cara aku cuba utk ubah dia betul2 jadi manusia..balik2 tu jugak yang dia buat..sampai aku sendiri naik fedup..asyik nk marah2..semua sebab dia lah...yang dia bole buat bodoh macam benda tu tak penting langsung..bingit memang bingit la mase tu..tapi aku sabar lagi dgn harapan dia memang akan berubah sendiri..tapi sekali lagi aku silap..dan yang lebih sadisnya terpaksa berpisah selepas 4 thun..mase yg sgt lame dan pnjang utk aku bersama dgn seseorg..tu pun dia masih lagi tak faham2..mase yang aku bagi tu sangat lama..4 tahun..mcm2 bole jadi...tapi dia tetap macam tu jugak..aku bagi nasihat..bagi jalan mcm tu supaya dia jadi org..berubah.utk diri dia sendiri..kesenangan diri sendiri..tapi balik2 macam tu jugak..nak ckap apa lagi...lpas tu bila aku sendiri dah give up..baru terhegeh2 nk buat tu buat ni..bile aku dh mula tawar hati..mase tu la sibuk ke sana ke mari...lepas tu nak salahkan aku bila aku dah tak suke dia...aku nasihat dulu tak nak dengar..ambil sambil lewa..bila dah jadi macam ni..n salahkan sape...perkara terakhir yang paling aku tak duga dia akan buat bila dia sanggup mencemarkan nama dia n diri dia sendiri dgn bawak pempuan lain dtg umh aku...lpas tu tuduh aku dah bertunang..entah bilanya ade rombongan?entah bilenya ade majlis tunang aku sendiri pun tak tahu...sape tunang aku pun aku tak kenal...kalu niat nk bg aku jeles dengan bawak pempuan tu..harap maaf la...perasaan tu dh sememangnya tak ada..hilang...dari situ dia dah terang dan nyata tunjukkan pada aku n mak aku siapa dia yang sebenarnya...jadi tak silap lah kalu aku buat keputusan uk mengakhiri semuanya...dengan senang hati dipersilakan keluar dari hidup aku...sedih??..tak lagi..sebab aku tak rasa ape pun..selamat jalan romeo...aku bukan milikmu lagi...

sekian,wassalam...

Friday, November 6, 2009

kemana arah tujuanku...

salam...

aku semakin hilang punca..semakin lama aku semakin hanyut dengan arus deras perasaan yang adakalanya turun dan adakalanya jua akan naik dgn sendirinya...aku semakin lemas dibalut rasa..semakin gelisah dibalut resah...apa lagi yang patut aku lakukan utk mengharungi semuanya ini...aku semakin keliru..semakin buntu..mencari-cari dimanakah semua pengakhiran ini..masih adakah ruang utkku terus tempuhi..masih adakah ruang utkku gagahi...tidak jua aku ketahui..jalan yang aku lalui dan aku tempuhi kini terasa semakin jauh dan jauh...disatu sudut aku menginginkan ianya berlalu pergi namun disatu sudutnya lagi menghalang ianya melangkah pergi...semakin aku amati..semakin aku tak mengerti apakah sebenarnya arah tujuan perjalananku ini...kadangkala dia akan mendatangi aku melalui pelbagai cara..samaada mimpi mahupun realiti..dan akhirnya aku ditinggalkan dgn sebuah jawapan yang aku sendiri kurang pasti...adakah kehadirannya cuma layak hadir melalui mimpi2 atau sememangnya aku memerlukan dia lebih lagi dialam realiti..aku sendiri tidak pasti..utk mengharapkan yang lebih bukan itu yang aku ingini..kerana aku sedar tempatnya bukanlah berada sentiasa disisi ini..dan aku juga terpaksa sentiasa mengingatkan diri bahawa dia tidak akan aku miliki kerana hadirnya hanya didalam mimpi...pergilah engkau..sebelum aku hilang keyakinan diri aku lagi..aku tak mahu kecewa lagi...cukuplah aku sedar kau bukannya tercipta utkku...pergilah...aku rela..

sekian,wassalam.....

Tuesday, November 3, 2009

keresahan sekeping hati...

salam...

sejak peristiwa yg menimpa aku beberapa hari yang lalu..aku buntu....semakin lama aku fikir semakin lama aku ingat..dan semakin lama ianya bertapak dihati...aku dapat merasakan sesuatu..sesuatu yang janggal dan susah utk aku lafazkan..aku sentiasa cuba dan terus cuba utk mengelak diri aku dari terus terusan rase mcm ni..dan makin jauh aku melarikan diri semakin dekat jua ianya mendekati...apekah maksud semunye ini?..bile lame lagi aku pikir aku akan rase resah yang amat sangat..kemudian aku akan jadi malu sendiri..malu dengan diri sendiri dimana aku membiarkan diri aku tewas dgn perasaan aku sendiri...aku cuba gagahi..aku cuba mendaki...aku cuba dan cuba lagi mencari...tapi tak jugak ku temui jawapan disebalik semua persoalan ini...kenapa aku mesti ade perasaan mcm ni?...siapa pula aku kini?..dimanakah semua pengakhiran ini?
aku kini seolah2 hilang identiti diri...hilang semua keyakinan diri..yang aku kumpulkan utk benteng mase depan aku nanti...tapi yang terjadi malah sebaliknya..aku semakin hilang punca..semakin hilang arah...semakin hilang dibalut resah..semakin hilang dihimpit perasaan bersalah....tapi ape salah aku?..ape silap aku?..tidak juge aku jumpe semua jawapannya..mana semuanya pergi?..ke mana?..ape lagi jalan dan cara utk aku cari semuanya kembali?...kemana lagi harus ku gapai utk menutupi semua perasaan ni?akan berakhirkah penderitaan ini?akan berakhirkah semua persoalan ini?akan berakhirkah resah dan gelisahku ini?tidak aku ketahui....KAU yang MAHA BESAR YA ALLAH..MAHA MENGETAHUI..KAULAH PENENTU SEGALA...aku berserah...

sekian,wassalam...

Sunday, November 1, 2009

mengapa ini harus terjadi??

salam...

huh!!..dh bapew hari aku x bkak blog ni utk aku luahkan apew yg aku rase setiap hari..kali ini pun..aku x taw mcm mne nk mule..sbb aku rse mslsh aku mcm x de..mcm ade..aku pun x pasti...amat sedih dgn ape yg aku lalui sejak 2 3 mnggu kblakangan ni...nk citer pun rse mcm private..x citer lak rse sesak je simpan..ckuplah kalu aku dpt nyatakan apew yg aku nk katekan..sejak aku mengetahui sesuatu yg amat berat aku rasekan utk aku galas sorang2..aku nyatakan kesdihan aku tu pd seseorg...seseorg yg amat aku percye..seseorg yg tahu mcm mne nk releasekan semue mslah yg melanda..aku akui sendiri bile aku menghadapi mslah yg melbatkan perasaan mcm ni..amat sukar utk aku lupakan dan sampaikan satu tahap tu aku mmg x leh nk lupakan apew je kejahatan atau dengki hati mnusia yg diorg semua calitkan pd aku tnpa ade rase sedikit pun perasaan belas...sesetgh org menganggap semuanya nmpak mudah bagi aku utk menyelesaikannya tapi diorg smue x nmpk peritnya jalan yg terpaksa aku harungi tanpa ade sedikit bantuan pun...wajar ke kalu ade yg nmpk hanya melalui pandangan mata luar yg knonnye kate nmpk kite ni mcm lngsung x de mslah..tapi perlu ke setiap mslah tu kite nk kne pamerkan atau buat bnde tu sbg tatapan ramai...rasenye x wajar kn...tp knp org x cube nk dalami ape yg kite rase..mcm biase la..kite cume nmpk ape yg kite nmpk..tp yg kite x nmpk x de sape yg bole tahu...ye..atas alasan jua seseorg tu x nk brkngsi kerana menganggap ianya sesuatu yg amat peribadi...wjarkah semuanya kite nyatakan utk dikongsi..jd x wajar jgk bg kite kn kalu kite nk judge org tu sbg bahan tatapan..atau sbg pesalah atau ape jua yg kte gelarkan dan galaskn sesuatu yg x baek utk seseorg tu...kdangkala..setiap mslah pun perlu jgk utk kite luakan..tp adekalanya mslah tu pun perlu jugk utk kite sematkan..terpulang kpd individu tu sndri..dan tugas org lain pulak..x perlu lah kite juz pndang, owh..org ni x de mslah la..skit btul hati dgn die..bile ade mslh pulak..dibesar2kan..dicanang stu kmpung org ni begini n begitu..ptut ke?..so nk slhkan siape?..well..mcm biase jgk..semue org memikirkan kepentingan dri msing2..die kne dpt jgk ape yg org tu dpt..tp silapnye cume care seseorg tu dptkannya..adekah dgn jalan yg baek mahupun yg x baek...tpuk dada tnya hati..gunekan akal..jgn terlalu cepat membuat sesuatu kesimpulan sedangkan kite x taw menahu pun apew yg org tu alami...kdang2 mslh yg org tu hadapi lagi besar dri kite..tp kite sedar ke..of coz not..sbb kalu die sdar die x kn sesuka hati membuat ksimpulan mengatakan yg tidak2..dan mslsh yg die hadapi tu pun kdang2 sgt2 dan teramat lah sush dan payah utk die jalani..tp ade org laen tahu...x!!..x pun..tahu2..eh!..die tu kan begini dan begitu...kenapa semue tu msti berlaku??..die nmpk mslsh die jew..tp org yg hadapi mslh lg besar tu...ade nk kcoh2??..hmmmm....lumrah dunia...dan kalau nk dijadikan criter pulak..segala yang aku katakan tadi semuanya melibatkan dri aku sendiri...hmmm....itulah aku...kelakar kan hidup ni..kita diam salah..kita buat kecoh dh terang tang tang salah..so apew la sbrnya yg diorg semua ni nk...aku pun x fhm...mngkn sng bg diorg nmpk aku mcm org x de mslh..tp diorg x taw sush n payahnya aku nk hdapi smuenye sendiri sbb apew..sbb aku x nk mslh aku ade yg cmpur...even my parents n my best fren pun x taw..x pew la..apew pn berlaku aku tetap akan simpan smuenye sndri..biarlah cume aku yg mengetahui rhsie disebalik perjalanan aku yg x taw dimana penghujungnya nanti....

setiap yang berlaku pasti ade hikmah disebaliknya...

sekian..wassalam...

Wednesday, October 28, 2009

cukup-cukup lah!!

salam....

hmm....ari ni mcm2 hal berlaku..kul 2 pm td ade clas party utk MA..best gak la walaupn mulenye kiteorg x ngam sgt...sgt berterime ksh dgn diorg jgk..lecture2 yg terlibat and most important bile ade game..treasure hunt lak tu..x prnh involved sblm ni..agak pnt ar..haha..mcm nk trcbut nyawa berlari sne sni...huhu..alhmdulillah dpt la naib johan..ceh...no 2 sudeh...hahah...tp dlm suke2 gak tu x sngke la slah sorg ahli kumplan aku jtuh skit tbe2...sesak nfas...skit lame die dtg blik...kelam kabut jgk kitorg sbb kali ni agk truk jgk la..kitorg lupe die x leh berlari sgt...tp bnde dh jd kn..huhu..sedih gak...bwk la trus g klinik.sbb nmpk dh truk sgt...tp doc kt klinik sruh bwk hospital trus...check btul2..n die kne than smentare kt observation room...dri kul 8 smpai 11..tp alhmdulillah die dh beransur pulih...

hmm...dlm keadaan cemas n sedih ni sedih aku pun bertambah same..aku tak sangke akan tahu bnde ni..skit hati glew2 ar...aku nk criter pn rse mrh tgh x hilang lg ni..rse mcm nk sepak2 jew spew yg ade dpn aku skrg...they are too much..btul kate abg aku..diorg dh buat aku mcm stu game..dtolak ke knan..ke kiri..ke dpan..ke blakang ikut sesuka hti diorg...aku mmg terase sgt13x skit hati glew2 skrg..nk menangis pn rse mcm dh x de perasaan jew...ckup la..ckup lah jgn smpai aku nmpk muke korang dpan aku...kalu aku jmpe x taw la mcm mne kn...ckup la korg berambus selamanya dri hidup aku....kalu x taw mkne persahabatan jgn la ko brani2 nk hulur pd sesiape...eee!!..menyampah siot aku tgk muke ko taw x...

ya ALLAH..ni frst time aku rse mrh glew2 bile org cri psl dgn aku..selama ni aku diam..diam...korg pijak2 kepala aku...ok fine..trime ksh pd korg sbb mulai saat ni..hti aku..perasaan dh takkan same mcm tu...dh keras...dh x de papew...ckup lah apew yg korg buat ni...tergamaknya korg kn...

huh!!...astaghfirulah3x...x snggup la aku nk citer pjang lg..nnt mkin skit hti aku...k la dlu ye...

sekian..wassalam...

Monday, October 26, 2009

ku turutkan kata hati...

salam...

hari ni aku dh lakukan apa yang sepatutnya aku buat sebelum ni...aku memberanikan diri aku utk menghantar msg pd "die" walaupun berat hati aku menyatakan yang die tak mungkin akan kisah pun dapt msg aku atau x...tu semua aku x peduli dh...pe yg pentng aku dh cuba buat yg terbaik utk selesaikan mslah kitorg...silap2...msg tu bukan msg utk aku merayu..menagih atau cuba utk dptkan apew yg aku nak dari die...tidak sama sekali..aku cuma nk die kembali semula sebg sahabat baek aku...tu dh lebih dri cukup...x de apew yg lebih penting dari seorg kwn...nk ke tak ke..trpulang pd die utk buat keputusan...aku dh x kisah..aku cuma menyatakan apa yang sepatutnya aku katakan dari hari tu..aku hormat segala keputusan dia...sekurang2 nya sekarang jiwa aku kembali tenang setelah aku puas dgn setiap patah perkataan yg aku luahkan pd die...pas ni nk berkawan lagi ke tak kew..tu mslah die...niat aku baik..cume x nk hilang seorg kawn baek..hmmm...x pew la..

k la...ni cuma selingan semata2..sementara nk siapkan assgmnt advertising yg kne hntr esk..

sekian utk hari ni..wassalam..

Sunday, October 25, 2009

biarlah aku menanggung beban ini sendirian..

salam..
smlm...aku rase tension aku released sikit sbb ade briter yg mengejutkan aku, x perlu lah aku nyatakan apew...ianya cume bersangkut paut dgn masalah yg melanda aku sebelum ni...walaupun sikit rasenye cukup la bg aku..terus trg bile aku bersendiri mcm ni aku masih lagi dengan keadaan yg same mcm sebelumnya..rase sakit..berat...kecewa...mcm2..semuanya bercampur baur..rasa sesak yg teramat..aku tak pernah rasa mcm ni..dimulut aku berkata tidak..aku dh lupe..tp dihti cuma ALLAH yang tahu gejolak perasaan yg aku tanggung sejak akhir2 ni...bukan mudah..tapi inilah diri aku...lebih mudah n lebih suka utk aku menyimpan segalenya seorang diri...even my mom yg rapat pun x kan taw sesetgh citer peribadi psl aku...adekalanya aku lebih suke berdiam diri..x nk org2 yang aku syg runsing semata2 psl mslah aku ni....biarlah aku menaggung sendri...

k la..rase mlm ni x de mood nk citer pnjng2...
wassalam...

Saturday, October 24, 2009

mencari harga diri yg telah mati...


salam.. hari ni kisah hidup aku hanya berjalan seperti biase..tak ade apew2 yg special berlaku...td pagi pn bru lpas settlekan assignment MA..so skrg tnggal 2 assignment n test jew mnggu dpan..yang laen2 biase2 jew...semakin hari semakin aku dpt membiasekan diri dengan keadaan walaupun luka yg ade masih belum terubat sepenuhnya..pelbagai cara n jalan aku cari utk pastikan diri aku takkan sesekali hanyut dek keadaan yang belum aku tahu ke mana arah tujunya nanti...cukup lah aku hentikan semuanya disini...masih lagi aku mencari harga diri yg dh mati dan bersembunyi di balik tirai sepi...aku tak tahu ke mana lagi harus ku melangkah kaki...mencari kembali agar ia tidak terus jauh meniggalkan aku...kalu lah ia semudah yang aku duga..takkan ku cuba merentasi ke jalan yang sukar tu...kalau lah aku tahu begini perakhirannya sebuah perjalanan yang aku mulakan dulu takkan aku cuba utk meneruskan perjalanan itu tanpa melihat kembali apa yang telah aku tinggalkan pergi....kalaulah ku tahu semuanya akan musnah tika aku berjaya mengharungi semua onak dan duri takkan ku harungi jalan yang sunyi sepi itu seorang diri.... kalaulah aku tahu akan aku jatuh dan rebah menyembah bumi takkan ku berani utk mendaki gunung yang tinggi...sesukar mana pn jalan yang telah aku harungi sehingga aku hilang punca dan keyakinan diri...harus aku teruskan jua melangkah utk mencari kembali harga diri yang telah dibawa pergi....kali ini jalanku tidak lagi penuh ranjau dan duri kerana mengingatkan diriku yang bangkit smula dari kekalahan diri...jalanku kini hanya brteman sepi tetapi lebih elok kirannya aku begini dari hati dan perasaanku terus menerus disakiti...sudah cukup dengan semua yg terjadi pada aku...

kini aku kembali..kembali ke alam realiti dan mencari semula identiti yang hilang seketika kalu aku hanyut dengan dunia yang aku sendiri tidak pasti....

sekian luahan aku utk kali ini....wassalam...


Friday, October 23, 2009

bukan kemahuanku ini semua terjadi

bismillah....

slot 1
hari ni rase teramat la sedih ..x taw la kenapa..tibe2 jew rse mcm tu...tangan menaip buat assignment tp hati n fikiran ntah ke mana menghilang...n then dengan tiba2 lak ari ni layan lagu yg bole dikatakan feeling glew ar...salah satunye...

"
Ibaratnya keladi
Dedaunan dibasahi
Tak meninggalkan kesan
Tiada pernah memperdulinya
Tetap sama

Begitulah dirimu
Seluruh kasih ini
telah aku curahkan
Tapi kau tidak mempedulikan
tiada kesan..

Merayu... takkan ku merayu
Ketika diri dihina
Sanggup kau memalukan aku
Dalam sepiku tak berdaya

Hibaku merasa
Merintih... takkan ku merintih
Biarlah diriku ditawan
Ku tahu di sebalik kisah
Ada satu hikmah menanti ku

Biar... biarkan ku sendiri
Melalui hidup ini
Hingga akhir hayat nanti
Biar... biar sinaran bercahaya
Menyinari alam ini
Kan bertemu kebenarannya

Ibaratnya keladi
Dedaunan dibasahi
Tak meninggalkan kesan
Tiada pernah mempedulinya
Tetap sama...."

sgt terase apew yg benar2 berlaku pd aku sekarang ni...sukar utk dikawal..mungkin benar aku telah cuba utk melupekannya tp bukan mudah jugak utk aku hadapinya tika aku dapat rasainya dan masih lagi merasakannya...satu lagi lagu yang aku dok layan jew dari tadi...

"
sejenak aku, merenung kisah silam
biarlah ku menanggung..apa ada didalam
berakhir sudah..epilog cinta kita
permata hati..membawa diri

berat sungguh bagi diriku..mana arah dan mana tuju
segala-gala tak menentu..diselubung rindu
walau pahit ku telan sahaja
namun didalam merasainya
apa dibuat serba tak kena
pastinya kecewa

aku terus melangkah pergi
bertemankan sekeping hati
dipenuhi ranjau berduri
sakit pedihnya..tak terperi
disatu sudut kuterdampar
kelu lesu tak kusedar
semua kerana peristiwa itu..
semua kerana peristiwa itu...

termangguku diperantauan
tersesat ku dipersimpangan
yang nyata kita berjauhan
buat selama-lamanya
putus kasih..putus segala
seringkali kau ungkapkan
ku turuti apa yang engkau hajati
biarlah ku menanggungnya...sendiri..."
huhuh...sakitnya...sedih sgt..hmm..touching pulak la aku hari ni...tu jew la yg aku dpt buat sekrg ni...biar aku sedih dlu...kerna ku tahu stu hari yg gembira akan mncul jgk dlm hdup aku...cume cpt atau lmbt jew...aku pasrah...

sekian nukilan n luahan utk hari ni...disudahi dgn alhmdulillah dan wassalam...

Thursday, October 22, 2009

salam...dimulakan dgn bismillah....(slot 1)
hari ni kehidupan yg aku jalani agak tenang n cool dri ari2 sebelumnye..walaupun msh ku kire ianya tidak sehebat mana...tapi ckup lah sekadar dpt rse happy kjap...apew yg dirncang hari ni berjalan dgn lancar...first latihan MA..hntr kul 9.15...teman sekali mbr kne viva utk ADV slot pg punye..hbs turn die..blek umh jap..kul 10.30 g blek..turn aku la plak..debaran kian terase..mmg soalan die pn kaw2 glew..tp alhmdulillah..nsb aku sgt baek coz aku dpt jb dgn baek n same skli x kn effect kt aku punye assgmnt 2...so sttle sudah kt stu..then aku continue tugasku dgn meeting utk assgment ADV plak..mse utk mengedit segale vdeo..photo shoot aku ngn dak2 kumpln buat jumaat lpas...puas hti glew bile nmpk kerja keras kiteorg stu hri tu berbaloi coz smue yg dirncang alhmdulillah berjalan dgn baek sgt...sgt2 puas hti...

(slot 2)
pasal kesedihan aku yg sebelum ni aku rse..bole dikatekan tidak lg sepenuhnye pulih dri kesakitan..tp alhmdulillah aku msh dpt atasi wlaupun sket hti yg aku rse n alami tu sgt la dalam..aku akui semue yg berlaku sememangnye lumrah dlam hidup yg biase yg akan dialami oleh setiap org cume dgn care yg berbeza...bile dipikirkan mngkn maslah aku tidak la seberape nk dibandingkan dgn org yg lbih sush dri kite...msh tertanye dgn dri sndri mcm mne nk teruskn hidup...aku sepatutnye bersyukur....ye..mmg sakit bile diri disakiti atau dikhianati..tapi masih bole dirawat n diubati lagi...tapi maruah dan harga diri sukar dicari ganti...aku anggapkan itu semua andalah dugaan..cubaan..dan ujian buat aku yg bernama insan n perempuan...saket hati..terluka jiwa..kecewa cinta..smuenya hanya bersifat sementara...tak ada smua tu bukan beerti kita x leh terus hidup...semua itu bersifat sementara cume..akan aku gagahi dan lalui seperti yang aku pernah lalui sebelum ni...dan apew yang pasti semua yg berlaku ini jgk akan memberi kesan yg teramat pd aku..kerana sesunggunya akan ku tutup serapat2nya pintu hati pada insan yg bernama lelaki buat sementara ni...aku hanya akan buka semula bila 'dia' dgn gah membukanya dengan 'kunci' yang sememangnya tercipta utk 'dia' sejak dari awl lagi...kepada si 'dia' ku berpesan akan ku tunggu hari itu berlaku pada hari kau sendri tidak menyedari bahawa kau sememangnya org yang layak utk membuka 'pintu' itu...

sekian sahaj nukilan dan luahan hatiku utk hari ini...disudahi dengan alhamdulillah dan wassalam....

Wednesday, October 21, 2009

segalanya ku terima.....


ermmm...sedih menyelubungi dri stu hri ni...x taw nk ckp cm ne..semuenye serba x kena...hari ade viva utk subjek MA..lupe lak..viva is stand for hmm...ala..mcm ujian lisan kt sek dlu2 tu...mcm tu ler lbih kurg...perghh...die punye suffer n kritikal punye soalan mmg membunuh glew ar...mmg dri smlm lg x sdap ati..rupenye nk brlaku mcm ni...huhu...mngkn dh nsb agknye..yela,x smestinye kite ni sentiase berada dia atas..kadangkala kite akan jatuh jugak ke tangga terbwh...sengsaranye aku ni bukan nye bru bermule...tp dri sem lpas lg...terseksa jew rse..nth bile la bole kluar dri tmpt ni...seksa glew ar...kwn2 aku smue pn dh x than dh...ade jew yg x kne..
esk ade lg viva..tp utk subjek laen lak..advertising lak tu...huhuh..itu lg toughfer...

kepala ni pun dh naek sket sgt..sesak.byk sgt bnde nk pikir..mcm2 mslah melanda dri aku...x sudah2...tp aku redha..sebb aku taw..ALLAH sygkn aku..sbb tu byk dugaan yg die trunkan buat aku..supaya aku ade kekuatan utk hdup diatas kaki sendri...mslah aku bukan shaja sbb mslh study..mslh laen pun ade..tp x nk la mention sbb aku pun dh mls nk pikir psl tu...terase sgt lambt mse berlalu utk ku akhiri smue ni...x kish la dri segi apew pn...pnt..ltih...sket..sedih..mcm2 lg la..smpai kdang2 aku rse lmas sgt2 smpai dh x taw apew lg nk pikir..esk viva...tulat submit MA assignment...27 hb submit ADV assgnmnt lak...29 hb SPO..30 hb test...last skli BE final exam..perghh...mmg pecah la kepala aku..sgt2 x terkawal dh...nk x nk...aku kne gak truskn smuenye...aku pasti msh ade lg sinar bhgie buat aku..bhgie??..mcm dh lari dri topik jew..arghh!..x pew..aku jew yg fhm apew jew yg aku rsekn buat mse ni...x de spew fhm aku...nk cri org yg fhm aku pn blm tntu lg ade yg mcm tu...smuenye jnis yg suke nk mendesak jew..x fhm btul aku...apew lak aku citer ni?...hmm..apew2 la...mknenye ni dh blurr sgt2 la ni..x taw sndri ckp apew...hahaha..
dh la..pnt lak...sekian sahaja la dlu utk luahan hri ini...
sekian..wassalam....


Tuesday, October 20, 2009

kehidupan baru aku bermula hari ni

hahaha...sangat la kelakar..macam x percaya aku pun boleh terpengaruh sama utk create blog ni..dh lame gak pasang niat nk wat tapi x terbukak lagi pintu hati atau lebih mudahnye xsmpai seru lg nk wat..wuahahaha..tergeraknya hati ni utk create blog ni coz aku tgh cube mencari care n jalan terbaru utk aku meluahkan segala perasaan yg tersimpan n tersemat kt dlm selama ni....beratnya rasa bile sejak akhir2 ni bnyak sgt insiden yg berlaku pd dri aku...
lpas stu2...aku rase mcm dri aku ni tersgt la tabah sampai aku amek x ksh jew kadang2 apew jew yg berlaku pd aku...tp lately ni aku rase sesak semacam...hmm...mngkn sbb aku terlalu mcm sgt semakkan pikiran aku ngn bnde2 mcm tu kot...yela...smpan lame2 kang parah lak aku....better aku cri jalan mcm mne nk luahkan smue yg aku rse aku nk ckp..smpailah pd stu hri aku tgk mbr aku dok syok gle menaip..aku jengah la gak tgk..apew nde la minah ni buat kn....rupenye die ae blog...dri stu rse mcm seronok gak bile ade blog ni..tp msh mls g nk wat mse tu...rse mcm x de bnde nk ckp..
btul la kate mbr aku..bile dh ade blog ni..mcm2 bnde nk ckp..nk luah...smpai ltih tgn menaip..
perasaan aku buat mse skrg ni trsgt la sedih..geram..marah..benci..dgn seseorg...seseorg??..rse mcm lbih dri sorang jew...nk pnggil pew ek?..huhuhu..apew2 la...hahah...
die juge adelah insan yg pernah bergelar sahabat pd aku...tp skrg ni..aku x taw la perlu kew aku gelar die sebagai sahabat aku...rse mcm x layak pulak tbe2...apew slah aku pun aku tak taw...adelah something...tp x nk la mention..pd aku..bnde tu cume bnde kcik jew...n bnde kcik tu pn bukn la sesuatu yg menyalahi undang2 dlm negare ni pun...ok la2...bg klu...cinta!..hah!..msti leh taw kn...
tu la mslhnye bile tak nak tanya direct dengn kite...percye sgt dgn apew yg org laen ckp..at last yg jd mngse aku....kalu x sushkn aku x pew..x sketkn ati aku x pew...tp kalu dh tbe2 cri psl ngn aku...mmg cri nahas la...elok baek je kn aku layan...mntang2 aku diam..die nk pijak2 lak kn...nk slhkn die pn x leh....sbb kn si batu bertangkup tu la aku dgn die putu kwn...mmg kalu dpt dpan aku siap ar kn....pakal jew mse jmpe ari tu bole saba lg....pikir aku baek ngn adik ngn mak die jew...kalu x..mmg siap ar...aku mmg tewas saat tu...tp kali ni bile ade citer bru adk die smpaikn kt aku....bukn setakat bingit...sket ati glew2 ar...
hmm...x pew la...aku anggap jew la yg aku mmg x pernh langsung knl diorg kalu mmg itulah yg diorg nk sgt...x pew la..aku lpaskn dgn cre baek...lantak ko la nk hidup mcm mne..aku x nk cmpur...dlu yg nk pn bukn aku...ko yg beria2 sgt nk berteman knonnye...lpas tu ko sndri buat hal...x pew la..aku x ksh...ko yg mulekan..jd ko la akhirkan smuenye....

hahaha...itu shajalah kisahnya utk hari ni...nanti2 cerite lg....tgh tensen dgn byk bnde skrg ni...esk ade viva...assgment ade 3 lg nk kne hntr...dgn test lg....final....fuyooo!!..masak la jawabnya...huh!...sekian sahajalah utk hari ini....