Friday, November 6, 2009

kemana arah tujuanku...

salam...

aku semakin hilang punca..semakin lama aku semakin hanyut dengan arus deras perasaan yang adakalanya turun dan adakalanya jua akan naik dgn sendirinya...aku semakin lemas dibalut rasa..semakin gelisah dibalut resah...apa lagi yang patut aku lakukan utk mengharungi semuanya ini...aku semakin keliru..semakin buntu..mencari-cari dimanakah semua pengakhiran ini..masih adakah ruang utkku terus tempuhi..masih adakah ruang utkku gagahi...tidak jua aku ketahui..jalan yang aku lalui dan aku tempuhi kini terasa semakin jauh dan jauh...disatu sudut aku menginginkan ianya berlalu pergi namun disatu sudutnya lagi menghalang ianya melangkah pergi...semakin aku amati..semakin aku tak mengerti apakah sebenarnya arah tujuan perjalananku ini...kadangkala dia akan mendatangi aku melalui pelbagai cara..samaada mimpi mahupun realiti..dan akhirnya aku ditinggalkan dgn sebuah jawapan yang aku sendiri kurang pasti...adakah kehadirannya cuma layak hadir melalui mimpi2 atau sememangnya aku memerlukan dia lebih lagi dialam realiti..aku sendiri tidak pasti..utk mengharapkan yang lebih bukan itu yang aku ingini..kerana aku sedar tempatnya bukanlah berada sentiasa disisi ini..dan aku juga terpaksa sentiasa mengingatkan diri bahawa dia tidak akan aku miliki kerana hadirnya hanya didalam mimpi...pergilah engkau..sebelum aku hilang keyakinan diri aku lagi..aku tak mahu kecewa lagi...cukuplah aku sedar kau bukannya tercipta utkku...pergilah...aku rela..

sekian,wassalam.....

0 comments: