Friday, June 18, 2010
happy birthday or happy sedih??
wrote by ~r33n@AiN~ at Friday, June 18, 2010 0 comments
Tuesday, May 25, 2010
bila dan kenapa.......
benda pertama yg selalu terlintas dalam fikiran aku....kenapa dari awal aku tidak diganggu dengan hubungan yg mcam ni.....kan ke lebih bagus kalau aku tak pernah atau tak ingin ada perasaan ni untuk seketika pada aku masih belum lagi bersedia....sekurang2 nya kalau diawal perasaan aku tak rasa tertarik pun dengan istilah hati dan perasaan ni kan ke lagi bagus.....tenang hidup....tak ada orang nak kacau....bebas tak ada sapa nak kawal.....hidup cuma berlandaskan tanggungjawab pada mak ayah yang belum lagi berbayar atau mungkin takkan terbayar dengan jasa2 yang diorg dah taburkan untuk anak2.....sekarang aku seakan mula merasakan benci dengan adanya perasaan mengarut yang entahkan ada akhirnya atau tidak.....benci dengan diri sendiri yang tak dapat mengawal hati untuk dicerobohi......
wrote by ~r33n@AiN~ at Tuesday, May 25, 2010 0 comments
Friday, May 21, 2010
Hah!!...cm ne ni???
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...
Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!
Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...
Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...
Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...
Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!
Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject...
Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: ntah dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: mesti anak org kaya ni
Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: eleh,gedik la tu...
Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!!gembeng tol..ngade2 la...
Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...
Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!
Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar2 email
Lelaki akan kata: asyik2 email dia...boring!
so cm ne tu??....apo nak dikato eh......ye ke??..tepuk dada tanye la hati (kenapa rase macam betul je ek?) lg satu perkara adelah seperti berikut:
CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama
(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.
KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.
(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.
SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.
(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.
HATI :
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.
(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa...
bila dah habis bace tu rase kelakar pun ade jugak lah....tapi kadang2 pun ade jugak benarnye...cume x de lah dalam jumlah yang besar...cume sesetengah nye macam tu....yg penting....tnye hati....tnye diri sendiri.....smuenye terpulang pada "individu" terbabit la kan.....haha
arios.............
wrote by ~r33n@AiN~ at Friday, May 21, 2010 0 comments
Sunday, May 16, 2010
Semoga Saja
oh tidak!....semoga saja aku masih bisa untuk mengawal semuanya...semoga sahaja semua benda yang berlaku pada aku sejak akhir2 ni takkan menjejaskan aku sedikit pun.....huhuhu....semoga saja ALLAH akan memberikan aku petunjuk kepada setiap permasalahan yang melanda aku kini.....semoga saja aku diberikan ketabahan yang bukannya sedikit untuk menghadapi setiap dugaan dan cubaan ini.....semoga saja aku akan dijauhkan dari segala benda yang tidak elok......dan semoga saja....................
wrote by ~r33n@AiN~ at Sunday, May 16, 2010 0 comments
Thursday, May 13, 2010
kalau lah aku tahu....
"kalau lah aku tahu"....tu lah satu perkataan yang sering bermain dalam fikiran aku....main bola sepak, bola keranjang, bola jaring...semua jenis permainan ada sejak2 akhir2 ni.....x tahu lah mcm mane aku nak nyatakan kisah aku buat kali...amat berat.....seperti biasa2nya la kan....aku suka simpan cerita kumpul lama2 baru aku nak kongsi cerita.....sebab aku nak mempersiapkan diri dengan segala kemungkinan, sebab aku nak tenangkan fikiran dan cuba mencari sebuah jawapan kepada persoalan yang langsung aku tak tahu jawapan apa yang sesuai untuk soalan tu.....
orang macam aku ni memang tak pernah habis dengan masalah.....kalau sekiranya kelihatan aku ni seperti apa yang korang nampak sekarang ni...semuanya hanya sekadar penglihatan dari segi luaran....tapi dalaman aku tak ada siapa pun tahu....sedih ke, happy ke, sakit ke, bahagia ke.......even kalau ada yang tahu pun tak semuanya aku perlu nyatakan....bila bersama dengan mereka2 yang aku sayang, aku akan cuba lupakan semuanya...tapi hakikat yang sebenar bila aku bersendirian....mulalah buat drama sendiri....'hati tisu'....aku pun ada hati dan perasaan...boleh bersuka ria dan bole juga menangis bila tiba satu ketika.....
dugaan yang aku lalui setiap dari masalah yang melanda pada diri aku ni memang selalunya amat payah......kekadang aku tertanya sendiri...kenapa harus aku? tapi berbalik pada ketentuan...mungkin ada hikmah disebalik segala yang berlaku.....banyak sangat kiasan kan dalam kisah aku.....sebab aku sendiri kurang jelas dengan masalah yang aku hadapi sekrang ni.....terawang2 dalam dunia fantasia bulan hempedu....buat salah, tak buat lagi lah nanti kata aku salah, tapi bila aku dah cuba sebaik mungkin untuk tidak buat salah kenapa susah pulak untuk terima apa yang nak dalam hidup aku sendir....aku tak berhak bahagia ke?...ye! aku faham kiranya diri aku ni masih lagi "berhutang" dengan mereka.....sumpah! bukan niat aku untuk menyalahkan mereka atau menghukum mereka kerana aku tidak layak dan tidak berhak berbuat demikian.....tapi kenapa?kenapa?....aku seakan sesat berada di antara 2 persimpangan berbeza.....di satu simpang kelihatan satu jalan yang memang telah pun jelas lagi nyata serta sudah pun tersedia ianya menuju ke arah mana.......di satu simpang pulak kelihatan samar2 cahaya yang bersinar disebalik kegelapan yang kelihatan....tidak tahu kenapa arahnya hujung perjalanan itu nanti......jadi, sedangkan terang lagi bersuluh.....sesetengah orang aku pasti mereka semua mesti akan ikut jalan yang telah pun memang dari awal sudah tahu ke mana pengakhirannya.....ada pulak sesetengahnya berpendapat kalau mereka pilih jalan yang satu lagi mungkin mereka akan berjaya dan mungkin jua akan gagal, itu semua tergantung kepada kekuatan fizikal dan mental masing2......dan yang pasti cabaran demi cabaran yang akan ditempuhi dijalan asing itu sehinggalah tiba ke destinasinya nanti........dan aku pula, kini memang berada betul2 ditengah antara 2 persimpangan ini....jalan yang ada tu aku nak ikut...jalan yang asing tu pun aku nak cuba ikut......ak buntu mencari jawapannya......gagal menyelesaikan teka silang kata yang bermain2 dalam kotak minda yang entah bila2 masa je bole meletup.....perjalanan dan kepayahan yang aku rasai seakan tak pernah habis dan takkan pernah habis....nak cari jawapan pada soalan tu seakan lebih susah dari bermain jigsaw puzzle, lagi susah dari main chess....lagi susah dari dam......entah lah......sekurang2nya aku bersyukur sebab aku masih diberikan ketabahan dan kesabaran bila tiba soal masalah macam ni....aku kurang sabar dalam hal2 remeh temeh...tapi aku boleh bersabar dengan masalah yang sebesar mcam ni...entahkan sampai bila lah aku mampu bertahan.....
satu lagi jenis aku adalah DEGIL....ya!...aku akui memang aku degil, kalau aku kata aku nak tu...aku tetap nak itu jugak.....aku akan cuba jugak dapatkan sampai aku puas hti.....x kire lah memerlukan masa yang lama ataupun sekejap...mesti kena dapat!!entahkan bila semuanya ini akan berakhir aku pun tak tahu......bila aku cuba buat benda betul...halangannya sentiasa ada...bila aku cuba nak buat kje salah atau keje gile dah memang sah2 lah benda yang aku buat tu salah....tak payah lah ckapkan.....habis kalau dah smue benda baik betul ke tak betul ke asyik nampak tak betul je bila masanya semua masalah nak selesai.........aku tak faham lah......
emmmm........apa sajalah....aku dah penat yang teramat sangat.....rasa tak mampu lagi nak "berdiri.....terpulang lah apa pun nak berlaku selepas ni...........
(dengan tiba2 teringat lagu memori berkasih-achik n nana...huhu)......................
= :::: (
wrote by ~r33n@AiN~ at Thursday, May 13, 2010 0 comments
Thursday, April 29, 2010
SENYUMAN PALING MENAWAN???..HAHA
wah2!...dah berapa hari tak update blog ni...tup2! dapat taw....cik deeja kita dah link kan name i untuk involve dalam contest "senyuman paling menawan"....wow! so interesting yeah!....tak sangka i yang jenis "orang kata" susah nak nampak senyum ni boleh dipilih oleh cik deeja kita untuk msuk dalam contest ni.....macam mana nak masuk ni cik deeja??...yelah2! cik deeja..sorry membebel banyak k....reen masuk2!....
firstly.....berdasarkan maklumat yang diberi, contest ini telah disediakan oleh miss chentazetty....
Dibawah adalah syarat-syarat yang perlu anda ikuti:
1. contest nie terbuka tuk semua peringkat umur.
2. 1 gambar je( GAMBAR ANDA)...sape masukkan lebih2 otomatik akan di reject oleh miss chentazetty.
3. gambar mestilah senyum yang memang ikhlas.....senyum lebar 2 da max... =)
4. gambar BERSEORANGAN.....
5. mestilah menjadi follower miss chentazetty
6. sediakan entri khas contest ini dalam blog u all n link kan kepada ai...
7. senangkan????? jgn lupe tag kan kawan2 anda minimum 4org...
tarikh penyertaan tutup pada... 20 mei 2010
Maka dengan itu, terpublish gambar sedemikian di bawahh :
emmm....cm ne??...ade rupe ikhlas ke senyuman saya ni?apa2 lah...yang penting saya dah turuti kemahuan cik deeja ye....HAHA
now, tugas seterusnya ialah nak kena 'tag' mereka2 yang ada dalam senarai follower saya tu...bak kata cik deeja...jom berjemaah sekali ye......
wrote by ~r33n@AiN~ at Thursday, April 29, 2010 0 comments
Saturday, April 17, 2010
saat-saat manis bersama
fuhh!!..lame jugak rasenye tak update blog ni dgn ksah2 dan cerita panas...hehe..panas ke?..panas kalau ada cerita yang buat aku panas la kan.....by the way....ari ni aku kembali semula setelah lama berdiam diri seketika untuk tidak bercerita kisah yang berlaku pada aku sejak dua menjak ni....terase malas untuk menaip sebab dah penat menaip untuk assignments yang tak pernah nak habis....ke hulu ke hilir ke sana ke mari.....kalau tengok pada kisah aku sebelum ni....aku ada nyatakan yang aku akan bukak stall sempena assignment kitorang, SBE subjek.....alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun terdapat pelbagai masalah yang melanda....dugaan lah katakan....disini aku sertakan sekali beberapa gbr sebelum dan semasa stall berlangsung.....
wrote by ~r33n@AiN~ at Saturday, April 17, 2010 0 comments
Monday, April 5, 2010
Macam Si**!!!!,Macam Ci***!!!!, Macam C*****!!!
aaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrgggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!
macam si**.......bikin panas!!!!!...EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!!!!!!!!!! geram la siot!!!!.....ape citer ni hah???????????????.......kepala otak tu dah tanggal ke semua urat2 saraf yang selama ni bekerja memberikan pemikiran untuk daya tumpuan belajar????????????.....kalau dah tak boleh nak guna lagi.....gua suggest la kan....baik balik g minum susu ANMUM untuk menyambung balik urat saraf penting tu bagi memudahkan daya tumpuan 'SI MANJA' lebih baik lg........sampai tak boleh nak cari sendiri atau fikir sendiri mengikut citarasa atau kemahiran yang ALLAH dah bagi tu..........kenapa mesti nak menggunakan jalan yang salah??????apa yang ko,ko, dan ko tu dapt dengan buat macam tu........mungkin kalau aku tanya memang sah2 lah menegakkan benang yang basah kan.......kalau tak ada angin masakan pokok tu nak bergoyang sendiri......bodoh ar!!!!!!!!.....memang dah mendidih je sekarang!!!!....ALLAH MAHA MENGETAHUI....
aku dah cuba sedaya upaya untuk tak marah.......citer lame pun gua tak settle dgn lu ....skrg lu org buat ***i* baru.....apehal ni??sengaja nak cari pasal ke??????ape lagi yang tak puas hti sebenarnya?????ade ke gua kacau hidup lu org?????????????????.................ade kew?????????????yang tak habis2 nak menganggu hidup orang ni kenapa hah????????????????......................
kelebihan atau kekurangan tu ALLAH bagi pada semua orang....pokok pangkal untuk meraih kejayaan semua ditangan masing2......tapi yela, orang kate lumrah manusia yang TAK PERNAH PUAS dengan apa yang ada.....pantang melihat org lain lebih berjaya, lebih cantik, lebih baik, lebih segala2NYE.........tapi pernah tak terpikir secara mendalam.....kejayaan atau apa sahaja yang seseorang tu dapat semua berkat dari hasil jerih payah dan usaha yang dia cuba buat selama ni.......tapi kenapa hati manusia yang busuk tak pernah cuba nak dalami hati sendiri atau usaha dan berdiri diatas kaki sendiri untuk mencapai sesuatu.........cuba muhasabah diri....kenapa aku tak macam dia......kenapa aku tak boleh berjaya seperti dia......kenapa dia boleh aku tak boleh......kenapa dan kenapa.......boleh kan????????tu pun susah???????jadi masalah??????...
kata lah kalau dah bekerja satu hari nanti.....kalau bos suruh buat proposal....tp rupanya.....buat proposal pun tak reti.....lepas tu nak wat pe?????.............satu je la jalan paling 'BAGUS' curi proposal orang buat macam harta sendiri (macam citer adnan sempit)..............ko ingt buat keje tu senang macam nak masak telur goreng ke???????.....semuanya memerlukan kerja keras.................kalau semua nak senang.....baik tak payah jadi manusia paham??????.......join the club kat zoo tu hah?????senang tiba mase makan, makan.....tiba mase main, main...tiba mase tido, tido.......duk la ulang benda yang sama macam tu..........
wrote by ~r33n@AiN~ at Monday, April 05, 2010 0 comments
Friday, April 2, 2010
"kata-kata akhir"
pada sekalian warga Linton University College....anda semua dialu2kan untuk datang singgah ke booth kami merasai sendiri pelbagai jenis makanan seperti cupcakes, bubble tea, kerepek, rojak buah, marshmallow dipped chocolate dan yang paling istimewa promotion couple cupcakes untuk mereka2 yang hangat bercinta (hangat ke??..gimik je..jangan terpengaruh)......
kata kata akhir dan peringatan kepada sesiapa yang rasa diri dia terlibat la kan.......satu persatu rahsia dan pekung didada terbuka dengan sendirinya...jadi dikesempatan ini ingin saya mengatakan teruskan lah dengan apa sahaja yang anda2 sekalian rasa nak buat demi memuaskan hati anda2 itu kerana yang pasti kami tidak akan merasakan apa2 melainkan anda sendiri yang akan merasakan sakit hati kerana kami bukanlah dikalangan anda2 semua....ye! cik nik siti khadijah terima kasih atas nasihat anda itu....amt2 dihargai.....doa orang yang teraniaya dimakbulkan ALLAH....tidak perlu perdebatan...tidak perlu bertikam lidah sesama sendiri....dan yang penting....teman dan sahabat yang baik takkan ada niat untuk menindas sesama sendiri......erti sahabat tu besar maknanya....jangan lah sesekali mengkhianati hubungan itu....terpulang pada KAMUUU semua.....apa yang penting bagi aku sekarang......pekakkan telinga dengan kata2 'manis' yang dilempar asalkan hidup x dignggu org........kan3??
wrote by ~r33n@AiN~ at Friday, April 02, 2010 0 comments
Wednesday, March 31, 2010
lumrah dunia dan manusia...
memang benar kata peribahasa...jangan disangka air yg nmpak tenang tak ada buaya....
bila masenye tiba dengan sendirinya buaya tu akan menerkam mangsa2 disekitarnya..tak kira lah macam mana baik sekali pun mangsanya itu...kalau dah lapar tak ada rasa kesian....macam tu jugaklah yang berlaku diantara manusia sesama kita demi melihatkan kemusnahan orang lain....zaman sekrang dah tak wujud lagi dah istilah tali silaturrahim sesama manusia sedangkan ada diantara kita sendiri tak dapat nak merealisasikan tu semua...tangan dihulur, huluran bersambut, senyuman berbalas...tetapi hakikatyang sebenarnya hati tidak dapat menerima...kerana apa??...persepsi masing2 yang nyata2 amat kolot kalau nak dibandingkan dengan orang dlu2....kalau kita sekarang selalu ckap orang dulu2 x de kelas...kolot n segala bagai.. tapi kalau bandingkan dengan keadaan dunia sekarang yang penuh dengan caci maki dan hasad dengki manusia2 ni...rasenye lebih baik duduk pada zaman kolot kot......at least rasa hormat sesama manusia tu tinggi nilainya bagi diorg....daripada kita sendiri ni....nama je belajar tinggi2, tapi pikiran semua sempit n lagi kolot dri orang zaman dulu......hodoh lah......tak kena gaya langsung....kolot nak mampus!! (dah mula marah ar ni kan).....
wrote by ~r33n@AiN~ at Wednesday, March 31, 2010 0 comments
Saturday, March 27, 2010
jemputan khas!!
yeah!!...mari2....murah2!...dijamin memberikan kepuasan (lupe pesan sir kumar sekejap...'berniaga like pasar malam'..hahaha)...
by the way, bagi pihak ahli kumpulan fabulous five, kami menjemput anda2 sekalian untuk singgah ke booth kami purplelicious yang akan diadakan pada 7,8 & 9 april 2010 bertempat ditempat letak kereta Linton university college.
apa yang kami sediakan??....tunggu!!!...want to make you all keep wondering.......suprise for you all..
we are coming in your way.....check it out guys!!!
wrote by ~r33n@AiN~ at Saturday, March 27, 2010 0 comments
Sunday, March 21, 2010
happy + fun - sad
fuhhhh!!!!...lega semua yang dirancang habis dengan sempurna....trip ke PD selama 2 hari 1 malam yang diadakan oleh mereka-mereka yang bertanggungjawab ke atasnya...ai ceh ceh...poyos betul ayat aku...semua berkumpul kul 11 pg kat playground (tipu ar smue sebab ada jugak yang lambat...huhuhu)..so gerak tu lewat sikit la....excited bila nampak reben berwrne pink diletakkan di setiap kereta sebab tak nak sape2 tertinggal or tersesat....last2 sesat gak...wuahahahaha....
sampai kat highway..kiteorang semua terlajak sampai kat tol senawang...so kena lah pusing balik...kat sini lah yang kelakarnya....kereta nana n kereta zura dah elok cantik je masuk susur keluar KL....yang kereta depan kereta kiteorang (farah, aku, alia, k ema,n deeja) budak2 lelaki yg lead...lead meyesatkan kitorang....g masuk susur keluar ke JB....memang cantik....huhuhu...nak pusing balik memang jauh gila ar kan...so masuk lah exit yang terdekat, kalau tak silap tol pedas linggi kot....last2 kitorg lalu jalan lama je atau nama lain jalan kampung....dengan kereta yang mcam orang nak g drift, kepala ekzos bole masuk kepala orang (kata farah) lalu jalan kampung...nasib baik tak ada yang mabuk...huhuhu....smpai je kat bayu beach resort kul 2 lebih jugak lah kot....sbb aku ingt kitorg dpt masuk apartment mase tu dah kul 2.30....nasib baik lah kitorg smpai lambat...ade hikmah jugak lah smpai lambat sebab tak payah tunggu lama...diorg yang dh lame smpai terpaksa tunggu lama...huhuhu....
bercakap pasal holiday2 ni...aku tak berapa minat lah...bukan sebab kawan2 kat sini..tapi memang aku tak suka n tak biase...1 sebab terpaksa bersesak2....aku lemas kalau ramai2 org....yg ni ok sikit lah....tinggal kat apartment...kalu guna khemah je mmg aku x nak la kan....bukan apa...susah tu...senang citer, bukan setakat g bercuti, even nak kuar umah jalan dengan kawan2 ke, family ke mmg aku lagi suka duduk umh....huhuhuhu..
dh smue siap2 lunch, solat zohor, semua bersiap2 nak turun sebab ada games....then, kitorg semua dibahagikan kepada 5 kumpulan, 1 kumpulan 5 org.....aku tersenarai bersama2 dengan cik nik siti khadijah, cik farah, zua n satu2nye insan yang paling aku tak suke dalam kelas tu bole join the club...ADIK ZAZALI....wuaaaaahhhhh!!!!......rasa nak menangis siot mase tu........bikin gua panas je ar kan....sah2 memang kalau ada dia,rosak semua benda.....memang betul pun...nasib baik ada cik deeja....bersabar jugak aku.....huhuhuhu...apa tak nya, ada 2 games dri 4 , dua2 games tu kumpulan aku kene 'blacklist' satu sebab main tipu (sebab dia r), satu lagi batal sebab yg sama jugak.....at last, aku cakap, lantak ko lah...asalkan semuanya cepat habis.....malas aku nak pikir banyak.....
games semua habis dalam kul 5 lebih...mase tu semuanya buat aktiviti sendiri...apa lagi, terjun laut ar....tu pun tak lama ar, lagi satu yang aku tak suka....air masin...huhuhu...gatal siot kulit....baru sekejap tu....kul 6 smue balik apartment, mandi2, rehat jap, ada lagi yg sempat tido mase nak dkt maghrib tu, termasuk lah aku...hahaha...1 umh tu ade 2 bilik, masterbadroom ada fara, nana, dayah, aku, k ema, alia n deeja, bilik lg 1, zura, pina, amnah, efa...yg lain kat umah shima.....malam tiba, (ceh)...kitorg turun lepas isyak, ade jugak yang kuar awal....kul 9 semua dah sedia nak start BBQ....hehehe....(dah start awal pun)...cuma tak berapa best sebab x dpat wat unggun api je....so gelap gelita....gitu gini2...semua mula buhsan kot, group by group lepak kat tepi pantai....mase ni ade jugak lak wat games, RADIO ROSAK....memang kelakar...habiskan masa sampai kul 12....lepas smuea naik, lepak gila beb...then, tido time......
pagi tadi kononnya nak wat poco-poco..tapi tak jadi, sebab masing2 letih so semua bangun lewat....just siap2 g breakfast, kemas barang lepas tu ade penyampaian hadiah untuk games semalam, sesi fotography....lepas tu balik, smue memang penat gile2...pagi tu malang la bg kami2 yang naik kereta wira smlm (farah n kami2 lah).....sebab pagi tu kitorg dapt taw kereta tu wat hal...dua2 tayar belah kanan pancit teruk....wuaaahhhh!!...rase nak nges lagi....so, terpaksa la rombak sapa nai kete sapa...naik baik cukup2 untuk semua balik kalau tak haru jadinya...tu pun kete tu dapt muat 3 org je....huhuhu...CUBAANNN.....x pew la...janji overall...ENJOY....
akhirnya, dalm mase 3 tahun aku kat sni, at least ade jgak la kenangan2 antara aku dengan classmates aku.....memang aku akui sebelum smue buat hal sendiri...tegur2 tapi tak berapa rapat, so peluang macam ni je lah digunakan untuk kenal diri masing2.....at least tahu...tak semua yang kita pikirkan tentang org tu x baik....tak kenal maka tak cinta....tak kisah macam mana gaya n rupa sekali pun budak2 ni...yang penting semua sama2 enjoy .....i will miss this moment in the future....tinggal 1 sem je lagi....will misz u guys also....
arios.............
wrote by ~r33n@AiN~ at Sunday, March 21, 2010 0 comments
Thursday, March 18, 2010
no title!!!
mai ai....lame gak la jenguk my blog ni..huhuhu...sory 'sayang'...terlalu sukar untuk meluahkan sesuatu sejak 2 menjak ni....it's too complicated...tak baik merajuk taw...hehehe..aku cuba melarikan diri seketika untuk muhasabah diri sendiri tentang apa yang berlaku pada aku sejak kebelakangan ni...tentang ape tidak perlu lah aku ceritakan..yang penting aku mulai sedikit tenang...
my first mom pun tak henti2 beri support, so caring and very understanding....love u mom (my dad tak tahu...kalau dia tahu tak pasal2 kena sembur beb..huhuhu)....and my second mother pulak seakan2 mengerti anak dia ada masalah akhirnya aku diiktiaf sbg anak dia..anak perempuan sulung sebelum adikku shareefa juga anak ke 4 selepas 'abg2ku'....sekurang2nye kehadiran diorang semua cukup untuk buatkan aku lupa pada masalah yang melanda...terima kasih yang tak terhingga buat kalian semua....
tertekan dengan keadaan yang menimpa, aku sempat jugak lah buat 'hal' dengan tanpa disengajakan dan dirancang.....sabtu lepas around 10 pm aku dapat call dri abg angkat aku...dia ajak kuar dengan kawan2 dia...mulanya aku tak nak..tapi bila fikirkan apa lah salahnya aku keluar kejap untuk lepaskan sedikit tekanan sejak beberapa hari sebelumnya...aku pun setuju la nak jumpa..dia datang amek aku..masa tu dah kul 11 pm.....lagipun kalau aku bersama dengan dia aku takkan pernah teringat langsung kalau aku pernah ada masalah...dia selalu berusaha untuk menceriakan 'adik' dia ni...huhuhu.....bukan senang aku nak keluar malam2...ni la namenya keje gile...wuahahaha....kali kedua aku keluar waktu dah hampir tengah malam lepas tu balik pagi2...sebelum ni paling lewat sampai pukul 5 pagi...tapi kali ke 2 keluar pecah rekod beb...dari kul 11 pm kul 8 am baru aku balik.....tak tido langsung.......ronda KL...aku memang sedia maklum la kalau apa yang aku buat ni sure2 mendapat tentangan dari pelbagai pihak...aku tak pernah kot wat keje gile macam ni....huhuhuhu....
memang terlalu banyak benda aku nak ceritakan...untuk bercerita dengan seseorang tak tahu macam mana nak cerita...kalau aku cerita pun tak adelah detail sangat...aku cuma bagitahu setengah dari apa yang aku cerita kat mereka2 yang berkenaaan....even kawan2 baik aku sendiri...sebab ada sesetengah cerita yang aku suka untuk memendam rasa...sengaja tak nak cerita sebab aku tak nak kalau aku tengah bercerita mulalah tangkap feeling...sebab tu kalau aku cerita pun, aku akan ceritakan part2 yang aku tak puas hti ke, rase marah ke, rase meluat ke, rase benci ke except rasa sedih sebab aku kalau sedih aku lagi suka nangis sorang2.....tangkap lentok sorang2....huhuhu..pelik kan??.tapi itulah aku.....dan buat pertama kalinya jugak kali ini aku lebih banyak merahsiakan rahsia hati yang sebenarnya pada mereka2 yang tahu tentang kisah aku secara tak langsung....begitu lebih baik....at the end of that...kat sini lah jua tempat aku untuk meluahkan (but still not too details..)....terima kasih 'cik blog'.. sayang kamu.....
dan buat sekian kalinya aku nyatakan...kini aku menjadi insan yang sangat2lah keras hatinya.....sekurang2nya dengan apa yang berlaku pada aku buat sekian kalinya ini..menjadikan aku insan yang kini tidak punya hati....lebih tabah...lebih matang untuk menjadi seseorang yang kini amat berhati2...dan juga sgt pesimis tentang yang '1' itu.....dulu aku seorang yang amat mudah didekati...tapi kini tidak lagi...peratusan untuk aku percaya pada insan bernama lelaki kini adalah 0%....N.O.T.H.I.N.G.....ZERO....jadi untuk kalian semua wahai insan yang bernama lelaki2 diluar sana.......carilah ke pelusuk mana pun serpihan hati yang dah hancur ni n cuba lah seberani mana pun anda nak....yang pasti aku bukanlah lagi seorang gadis riang seperti dahulu....maaf lah kiranya aku meletakkan kesalahan2 mereka2 yang pernah 'berbakti' pada aku selama ini pada kalian yang cuba mendekati aku tika ini....aku dah penat n letih dengan permainan kalian yang tak ada kesudahan.....aku tahu ada diantara kalian yang tidak seperti itu, tapi masa juga telah merubah aku sepnuhnya untuk menjadi seorang gadis yang keras hatinya...
wassalam........
wrote by ~r33n@AiN~ at Thursday, March 18, 2010 0 comments
Wednesday, March 10, 2010
akan ku kenang.......
soal kenang mengenang ni buat aku jadi insan yang amat sensitif bila tiba masanya...kadangkala aku akan menangis, kadangkala tergelak sendiri bila hati diterjah rasa lucu, kadang pulak terasa rindu...pelbagai perasaan yang aku rasa, cukup lah sekadar aku dapat mengenangnya..untuk kembali seperti dulu seakan mustahil. kerana mereka bukan lagi untuk aku...apa sahaja yang pernah berlaku aku anggapkan sebagai satu ujian....cuba kembali untuk ketawa dan ketawa tapi sampai bila aku harus berpura-pura, tiba satu saat menjadikan insan yang paling kuat menangis..dan semuanya itu berlaku tika aku bersendiri.....
dan saat ini, aku mengakui aku tiba-tiba sahaja mengingati si dia yang pernah hadir dalam hidup aku untuk jangka masa yang boleh dikatakan agak lama. apa silapnya dan dimana silapnya hubungan kami itu hinggakan menemui 'ajal' jua. dan kami ditakdirkan bepisah...dimulut aku menyatakan benci...tapi dihati kadangkala diterjah rasa rindu kat dia...luaran aku nampak bahagia...tapi dihati hanya penuh dengan garis-garis luka....
soal cinta ni dah amat lali dalam hidup aku...pahit maung yang aku rasa dari setiap mereka yang pernah menghulurkan cinta adalah berbeza-beza. aku pekakkan telinga dengan tafsiran orang bila orang kata aku ni seakan perempuan yang ntah apa-apa lah mereka2 gelarkan...pernah aku 'terlanjur' menyintai sahabat sendiri (lelaki)....pernah jgak bercinta dengan abang angkat sendiri....cuma aku tak pernah sama sekali kacau pakwe orang ke, tunang orang ke atau laki orang sendiri....sebab aku pun perempuan, dan aku fham apa perasaan diorang kalu orang yang kita sayang bercinta dengan orang lain...konsepnya senang..kalu tak melayan tkkan jadi tak.....yang penting nawaitu kita sendiri....
soal berapa lama aku mampu bertahan tu terpulang pulak pada gerangannya.....paling lama aku mampu bertahan 4 tahun...tu lah jangka masa yang paling lama buat aku...belum ada lagi yang bisa memecahkan rekod tu...huhuhu...persoalan yang bermain diminda sekarang ini, adakah aku akan bercinta lagi???....jawapan yang jelas lagi tepat....TIDAK!....jadi untuk insan-insan yang bergelar lelaki diluar sana, haraf maaf ya....tak ruang kosong lagi untuk anda-anda semua...tak perlulah untuk mencuba kerana aku bukan lagi gadis yang mempunyai hati seperti sebelumnya.....hati dan perasaan yang aku cuba pertahankan selama ini hancur dan berkecai ditelan kekecewaan yang tak berkesudahan....
dan untuk kalian-kalian yang pernah bertakhta dihati ini....terima kasih atas jasa baik kalian yang pernah menghadiahkan aku kebahagiaan yang bertahan hanya untuk sementara.....walaupun hanya sementara..aku amat menghargainya kerna tanpa kalian aku takkan pernah kenal erti cinta....dan ....maaf andai kiranya aku pernah menyakiti hati kalian....dengan mengakhiri hubungan kita...kerana aku jua ada perasaan...memang selayaknya perpisahan yang aku minta dari kalian walaupun permintaan iu tanpa aku rela....buat 'sahabatku', aku doakan kau bahagia....buat 'abang' maafkan kerna tidak dapat meneruskan hubungan kita tu....sebab adik tak nak kecewa dikemudian hari...biarlah sakit sekarang....dan biarlah kita kekalkan hubungan kita sebagai adik dan abang....buat 'kamu' aku minta maaf kerna pernah menyatakan perpisahan tanpa sebab..aku tahu kau kecewa...tapi aku terpaksa.....kau bukan untukku....dan untuk yang selebihnya..terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku walaupun hanya sedetik cuma...mungkin tiada keserasian antara kita.....untuk mereka yang dah meluahkan niat untuk meraih cinta dari aku....maaf seribu maaf aku hulurkan kerna tak bisa menerima cinta kalian....kerna aku bukan lagi gadis yang punya perasaan sperti itu.....
arios............
wrote by ~r33n@AiN~ at Wednesday, March 10, 2010 0 comments
Monday, March 8, 2010
tawa dalam tangisan
6 hari aku menghilang, 6 hari jua aku menjauh, 6 hari aku terngadah, 6 hari aku tersentak, 6 hari aku dilanda tanda tanya, 6 hari aku menyepi, 6 hari aku cuba larikan diri, 6 hari aku mencari kekuatan diri, 6 hari aku menangisi nasib diri, 6 hari aku berpura-pura, 6 hari aku cuba menenangkan sekeping hati, 6 hari mencari semangat diri dan dengan 6 hari itu jugalah aku mulai sedar keterlajuran dan kebodohan yang nyata jelas terpancar pada wajah aku kalau dilihat tika ini...dengan kebodohan aku itulah dengan rancaknya mereka-mereka yang diluar sana akan tertawa hebat yang maha benar hebat kiranya mereka mendengarkan cerita dan kisah 'dongeng' yang akan aku sampaikan pada saat dan waktu ini..
6 hari aku cuba mengumpulkan semula semua kekuatan, kesabaran dan sinar kebahagiaan yang hanya dalam sekelip mata telah diragut tanpa sempat aku bersedia untuk menghadapinya. kenapa semuanya masih dan lebih teruk dari yg sebelumnya??...tak perlu disangkal kerana sudah jelas ianya hanyalah berpunca dari kebodohan aku sendiri. mak!...maafkan ain kerana mak terlibat dalam hal ini...ain tahu mak hanya mahukan kebahagiaan anak mak ni...kiranya ain bersyukur sebab punya ibu yang sangat memahami..tidak cepat melatah bila tahu keadaan anaknya yang sekarang berada dalam kesedihan yang tiada kesudahan.tapi aku tahu disebalik ketenangan itu dia nyata sedih dengan apa yang berlaku pada aku...tak apalah kan....anak mak kan kuat?betul tak mak??betul kan?
sukar bagi aku saat ni nak cerita kisah tu...sangat berat dan sukar untuk aku lafazkan dengan kata2. bayangkanlah perasaan2 anda-anda diluar sana, panas yang anda sangkakan sampai ke petang rupanya tak sempat menjengah tengah hari hujan turun diwaktu pagi...terlalu awal dari jangkaan. sedih??bohong lah kalau kata tidak....tapi aku cuba jugak nak berlagak selamba walaupun hati berkocak maha hebat. sekurang2nya masih belum terlewat untuk aku ketahui semua tu...alhamdulillah ALLAH menunjukkan jalan buat aku untuk menyedarkan aku sebelum terlambat..
bukan aku tak mahu cerita sepenuhnya lagi saat ini..tapi buat masa ini aku lebih senang macam ni...sebab aku tahu kalau aku ingat lagi tentang tu sah2 nanti aku akan menangis bagai nak gila dengan keadaan masa tu memang takkan ada sape yang tahu. dan apa yang pasti jugak aku perlu bersedia dari segi fizikal dan mental untuk mendengar segala kata-kata nista yang lahir dari mulut orang yang memang tak ada perasaan dan jugak bersedia untuk menjadi bahan gurauan dan tawa oleh insan2 yang....em....paham2 lah....berat sungguh bebanan yang terpaksa aku tanggung tika dan saat ini...tapi aku pasrah dengan kebodohan dan kenaifan aku sendiri menyebabkan aku akhirnya tersungkur dalam lumpur dan akhirnya orang ramai yang melihat hanya mentertawakan aku dengan megahnya sampai nak terkeluar semua isi perut....
dan akhinya....disini jua lah aku mengemis diri..meluahkan rasa hati...inilah aku...hati seorang wanita...betapa keras pun aku kelihatan diluar...sekali luka terpalit sukar untuk sembuh malahan mungkin jua takkan sembuh......
arios.......amigos.....
wrote by ~r33n@AiN~ at Monday, March 08, 2010 0 comments
Tuesday, March 2, 2010
back to the old world...
fuhhhhhh!!...sebulan berlalu dalam sekelip mata je....diam tak diam kembali semula pada dunia lama, dunia yang penuh kebosanan...dunia yang penuh dugaan...walawey....bile la semuanya akan berakhir..sebulan jugak lah tak jenguk blog ni untuk aku ceritekan pelbagai kisah yang terjadi pada aku sepanjang bulan februari lepas....owh my blog!!....hehehehe
1 feb
kembalinya aku ke pangkuan family tersayang....dan hari yang berikut, berikut dan berikutnya aku cuma duk umah jadi baby sitter and 'housewife' je la...
12 feb
aku ade date dengan mbr ym aku, wan....tapi keluar bertiga ar dgn adik aku...nak mampus kena marah ngan laki aku....huhu
20 feb
aku wit my bff going out tgk wayang sbb dah lame gile tak spent time together...sbb cuti lain2...ni la antare kenangan yang sempat dirakamkan...ceh wah....
wrote by ~r33n@AiN~ at Tuesday, March 02, 2010 0 comments
Sunday, January 31, 2010
kisah aku dan dia.........
wrote by ~r33n@AiN~ at Sunday, January 31, 2010 0 comments
Thursday, January 28, 2010
being crazy n being relief....
being relief coz ari ni aku dpt panggilan dri insan yg sangat dinanti2, yg pernah bergelar shabat, abg, kekasih dan skrang masih lagi kekal sebagai seorg abg g sgt amek berat pasl kebajikan adik die...aku tak tahu kalu ianya satu kebetulan atau pun mmg die mempunyai daya firasat yg kuat seperti yg dia cakap, tu aku tak tahu lah kan...aku mmg tidak percaya pada kebetulan tapi kalu byk kali berlaku takkan lah kebetulan jugak kan...die kate setiap kali dia kol dia mcm dpat rase aku duk meyebut2 name die.....katelah duk tib2 aku terkenang pasl die n terdetik name die dlm hati, terlintas name die di fikiran...tibe2 nanti tak sampai 5 minit die akan kol aku....what a beautiful coincidence.....hahaha...die mmg seorg best friend, brother, lover, manager, adviser, P.A, driver, kaunselor, n so on.....smuenye die....hari ni jugak lega sebab aku akhirnye dpt jugak beritahu die apew yg aku sepatutnye bgtaw lame dulu.....dan masing2 dapat menerima dengan hati yg terbuka....once again i want to thank to you very very much for being the most important person in my life after my family....terus terang berpisah atau dipisahkan dengan cik abg aku yg sorang tu mungkin boleh diterima lagi walaupun sakit yg terpaksa aku hadapi, tapi kalu dengan die ternyata aku tak mampu...sebab die lah seseorang aku kenal yg teramat sgt paham dri aku luar dan dalam....die boleh bace dengan mudah ape yg tersirat disebalik kegembiraan aku, menyelami kesdihan aku, tanpa sempat pun aku bercerita pada die soal tue.....thank you so much abg, adik happy sgt dpt kenal dgn abg.....thanks for everything
need to stop here, continue to read about Barrack obama once again.....huhuhu...cepatlah habis semuanya.....chow!!
wrote by ~r33n@AiN~ at Thursday, January 28, 2010 0 comments