Wednesday, March 10, 2010

akan ku kenang.......

soal kenang mengenang ni buat aku jadi insan yang amat sensitif bila tiba masanya...kadangkala aku akan menangis, kadangkala tergelak sendiri bila hati diterjah rasa lucu, kadang pulak terasa rindu...pelbagai perasaan yang aku rasa, cukup lah sekadar aku dapat mengenangnya..untuk kembali seperti dulu seakan mustahil. kerana mereka bukan lagi untuk aku...apa sahaja yang pernah berlaku aku anggapkan sebagai satu ujian....cuba kembali untuk ketawa dan ketawa tapi sampai bila aku harus berpura-pura, tiba satu saat menjadikan insan yang paling kuat menangis..dan semuanya itu berlaku tika aku bersendiri.....

dan saat ini, aku mengakui aku tiba-tiba sahaja mengingati si dia yang pernah hadir dalam hidup aku untuk jangka masa yang boleh dikatakan agak lama. apa silapnya dan dimana silapnya hubungan kami itu hinggakan menemui 'ajal' jua. dan kami ditakdirkan bepisah...dimulut aku menyatakan benci...tapi dihati kadangkala diterjah rasa rindu kat dia...luaran aku nampak bahagia...tapi dihati hanya penuh dengan garis-garis luka....

soal cinta ni dah amat lali dalam hidup aku...pahit maung yang aku rasa dari setiap mereka yang pernah menghulurkan cinta adalah berbeza-beza. aku pekakkan telinga dengan tafsiran orang bila orang kata aku ni seakan perempuan yang ntah apa-apa lah mereka2 gelarkan...pernah aku 'terlanjur' menyintai sahabat sendiri (lelaki)....pernah jgak bercinta dengan abang angkat sendiri....cuma aku tak pernah sama sekali kacau pakwe orang ke, tunang orang ke atau laki orang sendiri....sebab aku pun perempuan, dan aku fham apa perasaan diorang kalu orang yang kita sayang bercinta dengan orang lain...konsepnya senang..kalu tak melayan tkkan jadi tak.....yang penting nawaitu kita sendiri....

soal berapa lama aku mampu bertahan tu terpulang pulak pada gerangannya.....paling lama aku mampu bertahan 4 tahun...tu lah jangka masa yang paling lama buat aku...belum ada lagi yang bisa memecahkan rekod tu...huhuhu...persoalan yang bermain diminda sekarang ini, adakah aku akan bercinta lagi???....jawapan yang jelas lagi tepat....TIDAK!....jadi untuk insan-insan yang bergelar lelaki diluar sana, haraf maaf ya....tak ruang kosong lagi untuk anda-anda semua...tak perlulah untuk mencuba kerana aku bukan lagi gadis yang mempunyai hati seperti sebelumnya.....hati dan perasaan yang aku cuba pertahankan selama ini hancur dan berkecai ditelan kekecewaan yang tak berkesudahan....

dan untuk kalian-kalian yang pernah bertakhta dihati ini....terima kasih atas jasa baik kalian yang pernah menghadiahkan aku kebahagiaan yang bertahan hanya untuk sementara.....walaupun hanya sementara..aku amat menghargainya kerna tanpa kalian aku takkan pernah kenal erti cinta....dan ....maaf  andai kiranya aku pernah menyakiti hati kalian....dengan mengakhiri hubungan kita...kerana aku jua ada perasaan...memang selayaknya perpisahan yang aku minta dari kalian walaupun permintaan iu tanpa aku rela....buat 'sahabatku', aku doakan kau bahagia....buat 'abang' maafkan kerna tidak dapat meneruskan hubungan kita tu....sebab adik tak nak kecewa dikemudian hari...biarlah sakit sekarang....dan biarlah kita kekalkan hubungan kita sebagai adik dan abang....buat 'kamu' aku minta maaf kerna pernah menyatakan perpisahan tanpa sebab..aku tahu kau kecewa...tapi aku terpaksa.....kau bukan untukku....dan untuk yang selebihnya..terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku walaupun hanya sedetik cuma...mungkin tiada keserasian antara kita.....untuk mereka yang dah meluahkan niat untuk meraih cinta dari aku....maaf seribu maaf aku hulurkan kerna tak bisa menerima cinta kalian....kerna aku bukan lagi gadis yang punya perasaan sperti itu.....

arios............

0 comments: