Monday, March 8, 2010

tawa dalam tangisan

6 hari aku menghilang, 6 hari jua aku menjauh, 6 hari aku terngadah, 6 hari aku tersentak, 6 hari aku dilanda tanda tanya, 6 hari aku menyepi, 6 hari aku cuba larikan diri, 6 hari aku mencari kekuatan diri, 6 hari aku menangisi nasib diri, 6 hari aku berpura-pura, 6 hari aku cuba menenangkan sekeping hati, 6 hari mencari semangat diri dan dengan 6 hari itu jugalah aku mulai sedar keterlajuran dan kebodohan yang nyata jelas terpancar pada wajah aku kalau dilihat tika ini...dengan kebodohan aku itulah dengan rancaknya mereka-mereka yang diluar sana akan tertawa hebat yang maha benar hebat kiranya mereka mendengarkan cerita dan kisah 'dongeng' yang akan aku sampaikan pada saat dan waktu ini..
6 hari aku cuba mengumpulkan semula semua kekuatan, kesabaran dan sinar kebahagiaan yang hanya dalam sekelip mata telah diragut tanpa sempat aku bersedia untuk menghadapinya. kenapa semuanya masih dan lebih teruk dari yg sebelumnya??...tak perlu disangkal kerana sudah jelas ianya hanyalah berpunca dari kebodohan aku sendiri. mak!...maafkan ain kerana mak terlibat dalam hal ini...ain tahu mak hanya mahukan kebahagiaan anak mak ni...kiranya ain bersyukur sebab punya ibu yang sangat memahami..tidak cepat melatah bila tahu keadaan anaknya yang sekarang berada dalam kesedihan yang tiada kesudahan.tapi aku tahu disebalik ketenangan itu dia nyata sedih dengan apa yang berlaku pada aku...tak apalah kan....anak mak kan kuat?betul tak mak??betul kan?
sukar bagi aku saat ni nak cerita kisah tu...sangat berat dan sukar untuk aku lafazkan dengan kata2. bayangkanlah perasaan2 anda-anda diluar sana, panas yang anda sangkakan sampai ke petang rupanya tak sempat menjengah tengah hari hujan turun diwaktu pagi...terlalu awal dari jangkaan. sedih??bohong lah kalau kata tidak....tapi aku cuba jugak nak berlagak selamba walaupun hati berkocak maha hebat. sekurang2nya masih belum terlewat untuk aku ketahui semua tu...alhamdulillah ALLAH menunjukkan jalan buat aku untuk menyedarkan aku sebelum terlambat..
bukan aku tak mahu cerita sepenuhnya lagi saat ini..tapi buat masa ini aku lebih senang macam ni...sebab aku tahu kalau aku ingat lagi tentang tu sah2 nanti aku akan menangis bagai nak gila dengan keadaan masa tu memang takkan ada sape yang tahu. dan apa yang pasti jugak aku perlu bersedia dari segi fizikal dan mental untuk mendengar segala kata-kata nista yang lahir dari mulut orang yang memang tak ada perasaan dan jugak bersedia untuk menjadi bahan gurauan dan tawa oleh insan2 yang....em....paham2 lah....berat sungguh bebanan yang terpaksa aku tanggung tika dan saat ini...tapi aku pasrah dengan kebodohan dan kenaifan aku sendiri menyebabkan aku akhirnya tersungkur dalam lumpur dan akhirnya orang ramai yang melihat hanya mentertawakan aku dengan megahnya sampai nak terkeluar semua isi perut....
dan akhinya....disini jua lah aku mengemis diri..meluahkan rasa hati...inilah aku...hati seorang wanita...betapa keras pun aku kelihatan diluar...sekali luka terpalit sukar untuk sembuh malahan mungkin jua takkan sembuh......


arios.......amigos.....

0 comments: