Thursday, December 31, 2009

pengakhiran 2009

diam tak diam 2009 kini melabuhkan tirai dan bermula lah permulaan yang baru dlm hidup...ade yg baru nk melangkah ke sem baru..hari baru jugak utk budak2 sekolah...umo kita yg jugak akan meningkat lagi setahun...pelbagai persepsi..pelbagai harapan..pelbagai azam yg dibuat utk tempuh tempoh baru 2010 yg hanya akan berlaku dlm beberapa detik je lagi..ade yg dok pikir mcm mana nk settle hutang..ade yg pikir macam mana nk settle semua masalah yg menimpa..ade yg bersedih..ade yg bahagia..pelbagai ragam manusia...tak kurang jugak hebatnya utk aku...

2009?
apa yang berlaku pada aku sepanjang tahun ni??...macam2..tak terasa..diam tak diam semuanya berlaku dalam sekelip mata..berubah jua sekelip mata..dan ternyata hidup aku sepanjang tahun ni..tidak lah sehebat atau seindah tahun2 yg lepas..tahun ini aku lebih banyak menyimpan duka dan sengsara...banyak menyimpan rasa..banyak menyimpan seribu satu rahsia..banyak menyimpan luka hitam dan luka dalam yg entahkan bila akan menemui penawarnya...terlalu banyak dan terlalu sakit utk aku menjelaskan...sukarnya aku utk mengalirkan airmatadahulu tetapi ternyata cukup mudah utk ianya mengalir tahun ini..seakan tidak mahu berhenti...ternyata kesedihan yg aku rasakan bukanlah sesuatu yg sedikit..
ya!..org melihat di sudut luar aku sgt bahagia...bergelak ketawa..bergurau senda..tapi bila bersendirian..aku mula mengasingkan diri..menangisi semua yg pernah terjadi..tiada siapa yg tahu..tak de sape rase...aku hadapi semuanya sendiri..
tabah??..itu hanya apa yg org lain nampak dari luaran..
sabar??..tidak!..aku diibaratkan sebagai sarang tebuan yang bekerja sendiri, tetapi dikala ada manusia yang menjoloknya, kala itu hanya manusia yg akan menjadi serangan ku..
hipokrit??..ye! kadangkala aku meletakkan keadaan aku dalam keadaan begitu kerana sekurang2nya org takkan tahu apa yang aku rasa..menghadapi segalanya sendiri lebih baik dari aku letakkan diri aku dengan melayan perasaan dihadapan org lain...bukan tak ade insan terapat yg berada dgn aku...mak aku, kwn baik aku, kwn2 aku yg lain..abg aku...tapi kadang2 tak semua yang kita rase perlu kita bagitahu pada dia..

perasaan sekarang??...entahlah...bila mengenangkan saat2 utk aku kehilangan tahun 2009 ni..rase sakit sgt...yela!..walaupun sepatutnya aku cuba utk bangkitkan semangat baru dalam diri..ternyata ianya sesuatu yang amat payah...hanya saat2 akhir menanti alam baru..hidup dan kesabaran aku diduga lagi...aku bersyukur kerana tidak mengetahuinya dengan sendiri..sebab aku tahu kalau aku tahu, mungkin aku akan nekad bertindak gila...tapi kewarasan fikiran mengatasi segalanya..ternyata sukar perasaan tu utk dikawal..tapi aku berjaya utk tidak meletakkan maruah aku di takhta terbawah sebagai insan yg pling hina....
cukuplah setahun..ye!!..cukup sudah setahun hati aku dipijak lumat..dihancurkan sehingga berkecai..tanpa ada serpihan yang dapat disatukan...ketabahan??..rasanya satu2nya yg aku cuba pertahankan ni pun semakin luntur dan lenyap...kalau nk dibandingkan org yg ada penyakit barah hati..sakit jantung, dia beruntung jugak kadang sebab rasakan kesakitan tu dan tahu bila masenya akan tiba...samada dia pergi meninggalkan dunia mahupun selamat....tapi utk penyakit yg melibatkan kesakitan dan luka dihati yg kita sendiri tak tahu n nampak..apakah ubat yg patut dimakan dan adakah ajal jugak menantinya...tak ada siapa tahu..sebab semuanya hanya luka...derita..sakit dihati yg tak ada siapa tahu apakah jenis penawar....bilakah ianya akan berakhir??...mungkin tika aku dah tak ada dalam dunia ni kan...
sakit..perit...pahit...terhiris...terluka...terseksa...marah...benci..sakit hati...jiwa kacau...tapi ape lagi aku boleh buat??..kalu beginilah kesudahan...kiranya kali terakhir dan kali ini jua aku masih akan menitiskan airmata..
aaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrgggggggggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!
kali ini aku benar2 sendiri..yg jauh dah tiada..yg ada hilang..aku karam..karam dan lemas dalam linangan airmata aku sendiri...selamat tinggal 2009..selamat berbahagia semua kesengsaraan.....selamat berbahagia semua kenangan...semoga kau terus terusan indah dan selamnya indah utk terus menetap dalam jiwaku...sekarang kaulah segalanya bagi aku...utk aku tiada lagi keindahan..tiada jua kebahgiaan..tiada lagi senyuman..tiada lagi keceriaan..yg ada hanyalah tangisan dan sebuah kepura-puraan...lebih baik begitu..biarlah kiranya aku berpura2 utk ketawa dan bahagia asalkan org disekeliling aku jua bahagia...selamat datang 2010....

sekian lah utk 2009...kepada kawan2ku sekalian..tentangilah dgn tenang siapa saja yg cuba menyakiti kita...bangkit semula..
selamat tahun baru semua...
alia, kak ema, deeja, syaza, aiman dan yg sewaktu dgnnya...berjuang lah utk tahun terakhir kita kat sini...

0 comments: